Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKhai Bahar Nafi ‘Sailang’, Rela Serah Watak Kepada Pelakon Lain – ‘Kalau...

    Khai Bahar Nafi ‘Sailang’, Rela Serah Watak Kepada Pelakon Lain – ‘Kalau Tahu, Saya Tak Ambil’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon dan penyanyi, Khai Bahar rela melepaskan tawaran berlakon sekiranya dia dikatakan ‘sailang’ watak yang menjadi dambaan aktor lain.

    Artikel berkaitan: Hati Khai Bahar ‘Kosong’, Nafi Ligat Berparti Di Kelab Malam

    Artikel berkaitan: ‘Dunia Gelap Gelita Seolah Macam Sedang Bermimpi’ – Khai Bahar Reda Pemergian Ibu, Syukur Sempat Beri Kebahagiaan

    ‘Kalau tahu, saya tak ambil’

    Khai bagaimanapun tidak mengetahui watak Redza di dalam drama Cinta Bukan Milik Kita terbitan Zeel Production itu menjadi rebutan pelakon lain.

    Saya tidak tahu ada pelakon lain mahukan watak itu. Kalau tahu, saya tidak akan ambil.

    Ketika terima tawaran daripada syarikat produksi, mereka tidak beritahu ada orang lain mahukan watak itu.

    Saya berpegang kepada rezeki. Kalau sudah tertulis rezeki saya, ia milik saya. Tetapi, saya tidak mahulah cari musuh kerana hendak lama dalam industri seni.

    Khai berkata demikian semasa ditemui di sesi fotografi drama terbaharunya berjudul Cinta Bukan Milik Kita di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.

    Dalam pada itu, Khai berkata, dia menawarkan diri untuk kembali berlakon selepas hampir lima tahun bagi memulihkan semula semangat selepas pemergian ibu tersayang.

    Selepas arwah emak meninggal dunia, saya hilang semangat. Saya banyak abaikan fokus pada kerja. Saya hanya tumpu pada kerja yang sudah terikat dengan kontrak.

    Bukan tidak terima kenyataan, sebaliknya, saya perlukan masa untuk pulihkan semangat.

    Namun, pertemuan saya dengan seorang hamba Allah membuka mata. Dia cakap emak tentu tidak mahu lihat saya bersedih.

    Arwah emak selalu berpesan supaya bantu adik-beradik. Kalau saya terus bersedih, nanti terjejas kerjaya. Jadi, sejak itu saya bangkit.

    Selain Khai, drama yang masih menjalani penggambaran di Perlis itu turut dibintangi oleh Sharifah Rose dan Kartina Aziz.

    ALSO READ:  Michael Ang Tak Boikot, Sedia Kerjasama Dengan Ruhainies – ‘Cuma Belum Ada Naskhah Yang Sesuai Dengan Bakat Dia’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts