Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKhai Bahar Pilihan Inteam Untuk Rabiatul Adawiyah 2024

    Khai Bahar Pilihan Inteam Untuk Rabiatul Adawiyah 2024

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Selepas 23 tahun lagu berjudul Rabiatul Adawiyah dipopularkan oleh kumpulan Inteam, kini mereka memilih Khai Bahar untuk tampil bersama dalam pembikinan nyanyian semula lagu ini dengan judul Rabiatul Adawiyah 2024 (RA24)

    Kerjasama Yang Serasi

    via OPR Network

    Sebelum ini kumpulan ini pernah ‘remake’ lagu Setanggi Syurga pada tahun 2020, dan mereka melihat kerjasama tersebut sangat serasi dan mendapat sambutan hangat dari peminat serta suara Khai juga sesuai dengan lagu-lagu Inteam.

    Untuk rekod, lagu Rabiatul Adawiyah pernah dimuatkan di dalam album Inteam berjudul Impian Kasih yang dilancarkan pada tahun 2001.

    Lagu ciptaan Munif Ahmad dari Kumpulan Hijjaz dan lirik oleh Abdul Kahar ini mengisahkan tentang serikandi sufi bernama Rabiatul Adawiyah.

    Susunan Muzik Oleh Chaan

    via OPR Network

    Susunan muzik oleh Chaan kali ini lebih segar dan mengikut arus semasa namun tidak sesekali menghilangkan keaslian dan penghayatan asal lagu ini.

    Durasi lagu juga dipendekkan sedikit dengan sebahagian besar lagu dinyanyikan Khai Bahar dan sebahagian lagi oleh Inteam sendiri.

    Menghasilkan 10 Buah Lagu

    via OPR Network

    Sejak sebelum pandemik, Inteam telah menghasilkan lebih 10 lagu baru seperti Labbaikallah, Love of God, I Love Muhammad, Sollu Alan Nabi, Gapura, Selimut Kasih dan lain-lain, cuma sudah menjadi kebiasaan bagi mereka menjelang Ramadan untuk menyanyikan semula lagu lama dan berduet dengan artis arus perdana.

    Ini kerana lagu-lagu lama ini ada unsur nostalgia dan mereka cuba memperkenalkan semula lagu-lagu berkualiti terdahulu kepada generasi sekarang yang mungkin masih belum dilahirkan ketika lagu ini dilancarkan.

    Lagu Rabiatul Adawiyah 2024 dilancarkan pada 8 Mac 2024 dan kini berada di seluruh platform digital seperti Spotify, Deezer, Apple music, Kkbox termasuk rangkaian Youtube Inteam Digital.

    ALSO READ:  Daiyan Trisha Tidak Cerewet Memilih, Sedia Jadi Isteri – ‘Paling Penting Dia Ada ‘Connection’ Dengan Allah’

    Related articles

    Follow Us

    20,206FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts