Sebelum ini, usahawan dan pempengaruh iaitu Khairul Aming mendedahkan dirinya tetap menjaga pemakanan yang sihat demi mengekalkan bentuk badannya yang ideal meskipun sering berkongsi Resepi yang menggiurkan di media sosial.
‘XXL to L’
From baju raya XXL to L ?? pic.twitter.com/A3hH1qUrmf
— Khairulaming (@khairulaming) April 4, 2024
Terbaharu, Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman tampil memuat naik video dirinya memperagakan baju Melayu ketika satu sesi penggambaran.
Menerusi pengamatan , sesi fotografi tersebut dilakukan Khairul bagi mempromosikan sebuah jenama pakaian baju Melayu yang tidak didedahkan jenamanya.
Apa yang menarik, Khairul turut memaparkan transisi dirinya yang sebelum ini agak berisi sehinggalah berubah menjadi kurus hasil daripada gaya pemakanan yang sihat.
Di ruangan kapsyen, memaklumkan dirinya kini sudah boleh memakai baju Melayu bersaiz ‘Large’ (L) berbanding saiz ‘Extra Extra Large’ (XXL) sebelum ini.
From baju raya XXL to L.
Hantaran tersebut meraih perhatian netizen yang rata-ratanya kagum dengan perubahan yang ditunjukkan usahawan tersebut.