Pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming sebelum ini terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan setelah pulang daripada Misi Bantuan Orang Baik di Kelantan.
Selepas tiga hari dirawat di hospital, Khairul Aming memaklumkan menerusi hantaran di Insta Stories bahawa dia kini sudah dibenarkan discaj dari hospital.
“Baru lepas discharge dari hospital.”-kongsi Khairul Aming
“Rupanya Terkena Jangkitan E. Coli Masa Bantuan Banjir…”
Dalam pada itu, Khairul Aming turut mendedahkan bahawa dia telah terkena jangkita bakteria berbahaya iaitu Esherica Coli atau lebih dikenali E. Coli ketika melakukan misi bantuan banjir di Kelantan minggu lalu, yang menyebabkan dirinya cirit birit selama 5 hari tanpa henti.
“Rupanya terkena jangkitan E. Coli masa buat bantuan banjir minggu lepas. Teruk juga diarrhe 5 hari tak berhenti sampai lesu badan dehydrated.
Alhamdulillah sekarang dah sembuh dan boleh sambung kerja macam biasa.”-dedah Khairul Aming
Sekadar info, orang ramai yang berada di kawasan banjir serta pusat pemindahan sementara digalakkan untuk mengamalkan kebersihan dan keselamatan untuk mengelakkan jangkitan penyakit.
Hal ini kerana, mereka yang berada di kawasan banjir berisiko tinggi terdedah kepada penyakit berjangkit seperti cirit- birit, jangkitan bakteria Esherichia Coli atau E-Coli serta leptospirosis (penyakit kencing tikus).