Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial X memuji tindakan Khairul Aming yang menjaga aurat pekerja wanitanya sewaktu percutian mereka di Pulau Pinang.
‘Jaga maruah staf muslimah’
Kita tutup kilang selama 5 hari untuk bawa kesemua 100 staff Khairulaming bercuti di Penang
Semua staff dapat hotel 5 star bilik seaview, duit poket untuk shopping, main escape park, parasailing, banana boat, jetski, explore bandar georgetown, makan nasi kandar, grand dinner… pic.twitter.com/h6TyVUyS41
— Khairulaming (@khairulaming) September 12, 2024
Menerusi video yang dikongsikan, Khairul Aming memberitahu telah membawa seramai 100 orang staf bercuti di Pulau Pinang bagi menghargai penat lelah mereka yang selama ini telah bertungkus-lumus bekerja di kilangnya.
Pelbagai aktiviti yang dilakukan mereka di Pulau Pinang termasuklah ke Taman Tema Escape Park Pulau Pinang untuk bermain air serta beberapa lagi aktiviti lain.
Selain itu, mereka juga melakukan aktiviti air seperti bermain Donut boat, Banana Boat, dan juga paragliding.
Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah tindakan Khairul Aming yang hanya merakam momen gembira staf lelakinya sahaja ketika melakukan aktiviti air.
Hal ini kerana, wargamaya berpendapat bahawa usahawan berusia 31 tahun itu menjaga aurat staf wanitanya lebih-lebih lagi ketika aktiviti melibatkan air.
Bagus Khairul Aming, waktu aktiviti air dan basah-basah hanya shoot rakam staf lelaki sahaja. Jaga maruah staf muslimah.
Nampak mungkin remeh bagi sebahagian penghasil kandungan tapi sangat bermakna bagi orang yang faham dan amal.