Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKhairul Aming Menguruskan Jumlah Makanan Seimbang Semasa Ramadan untuk Menjaga Berat Badan...

    Khairul Aming Menguruskan Jumlah Makanan Seimbang Semasa Ramadan untuk Menjaga Berat Badan Ideal

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sebut sahaja nama Khairul Aming, pasti ramai yang akan terliur melihat video Resepi masakan yang dikongsikan pempengaruh ini terutama sekali apabila tibanya bulan Ramadan.

    Sungguhpun begitu, Khairul tetap menjaga pemakanan yang sihat demi mengekalkan bentuk badannya yang ideal.

    Sentiasa jaga pemakanan

    Menerusi Instagram (IG), Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman tampil berkongsi gaya pemakanan sihat yang diamalkannya sepanjang bulan Ramadan.

    Menurut Khairul, dia tetap menjaga pemakanannya di bulan Ramadan kerana mahu menurunkan lagi berat badannya pada masa akan datang walaupun sudah berjaya menurunkan berat badan sebanyak empat kilogram pada bulan lalu.

    Ini apa yang saya akan makan semasa bulan ramadan. Bulan lepas turun 4 kilogram, bulan ni saya harap dapat turun lagi beberapa kilogram sebelum raya.

    Semua benda saya makan yang penting kawal ‘portion’ dan rajin bersenam.

    Untuk sahur, saya makan makanan yang tinggi protein seperti ayam bakar dengan menggunakan air fryer dan telur mata. Tapi sahur ini, saya biasa nak ada selera sedikit.

    Jadi, saya perlu paksa telan (makan sahur). Selepas habis semua, saya minum dua gelas air kosong. Itu sahaja untuk sahur.

    Khairul juga akan bersenam kira-kira empat jam sebelum berbuka puasa hampir setiap hari demi untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan.

    Petang itu, dalam pukul 3.30 petang saya akan pergi ke gim untuk melakukan latihan kekuatan (weight training).

    Saya akan bersenam pada setiap hari kecuali hari hujung minggu untuk berehat. Kemudian, saya akan pergi berbuka puasa.

    Pesan jaga ‘portion’ makan

    Sungguhpun begitu, anak jati Negeri Kelantan ini menjelaskan bahawa dia tetap akan ke bazar Ramadan bagi membeli makanan yang teringin untuk dimakannya namun masih menjamah mengikut kuantiti yang terkawal.

    ALSO READ:  Ernie Zakri Luah Rasa Kecewa Diperlakukan Tidak Profesional? – ‘Saya Dah Lama Tutup Mulut’

    Tambah Khairul, setiap menu yang dikongsikan di media sosial akan ‘dihabiskan’ oleh rakan-rakan serumahnya.

    Di akhir hantaran video tersebut, Khairul turut meninggalkan pesanan kepada pengikutnya agar sentiasa mengawal pengambilan makanan serta rajin bersenam demi kesihatan diri.

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts