Dua pempengaruh terkenal iaitu Khairul Aming dan Pinn Yang ketika ini sedang berada di China bagi menambah lagi ilmu pengetahuan mereka mengenai perniagaan atas talian.
Tuntut ilmu ke negara China
Menerusi perkongsian yang dibuat di Instagram (IG), Khairul Aming berkongsi gambar dirinya bersama Pinn Yang yang baru sahaja tiba di negara tembok besar itu.
Menitipkan ucapan salam dari China, pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman memaklumkan dirinya dan Pinn Yang bakal memulakan misi untuk menuntut ilmu berkaitan dengan ‘live streaming E-Commerce’.
Salam dari China
Semalam (Isnin) kitaorang ‘all out’ untuk kempen 11.11 dan Alhamdulillah saya dapat capai jualan sebanyak RM1 juta dan Pin Yang pun dapat jualan hampir RM1 juta.
Kemudian, tidur selama dua jam dan terus pergi ‘airport’ terbang ke Shanghai.
Tambah Khairul, dia dan Pinn Yang akan berusaha bersungguh-sungguh dan mahu berkongsi ilmu sebanyak yang boleh buat semua peniaga atas talian di Malaysia.
Kitaorang datang sini nak belajar fasal ‘E-Commerce live streaming’ di China and kita akan bawak balik sebanyak mungkin ilmu untuk share dengan peniaga atas talian di Malaysia.
Posting IG Khairul Aming
View this post on Instagram