Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, November 21, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKharisma Music Tuntut Aisha Retno Bayar Balik RM77k, Nafi Batal Konsert Terburu-Buru...

    Kharisma Music Tuntut Aisha Retno Bayar Balik RM77k, Nafi Batal Konsert Terburu-Buru – ‘Duit Itu Dipinjamkan Untuk AJL38’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Kharisma Music InternationalKharisma Music International

    Penganjur konsert, Kharisma Music International menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan pihak mereka mengambil keputusan terburu-buru untuk membatalkan konsert sulung penyanyi, Aisha Retno iaitu ‘Konsert Malam Sutera Aisha Retno’.

    Nafi dakwaan Aisha

    Kharisma Music InternationalKharisma Music International

    Ketika ditemui , peguam yang mewakili Kharisma Music iaitu Tuan Muhammad Arief Tuan Mohamad Yusof turut menafikan dakwaan mengatakan bahawa Aisha tidak mengetahui mengenai pembatalan konsert tersebut.

    Pada sekitar bulan September 2024, terdapat beberapa perjumpaan diadakan di antara pihak Kharisma Music (KM) dan pihak Aisha Retno Entertainment (ARE) bagi membincangkan hala tuju konsert tersebut.

    Dalam perjumpaan ini, pihak ARE telah diberitahu bahawa setakat tarikh (perjumpaan) itu, jumlah tiket yang terjual hanyalah sebanyak lebih kurang 98 tiket dan 100 tiket diperuntukkan untuk pihak media daripada 2414 jumlah tiket yang ditawarkan.

    Disebabkan oleh penjualan tiket yang tidak memberangsangkan dan tidak mencapai sasaran, pihak KM memaklumkan pihak ARE bahawa konsert harus ditangguh atau dibatalkan bagi mengelakkan kerugian.

    Arief berkongsi perkara tersebut ketika sesi sidang media Kharisma Music International yang diadakan di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Rabu.

    Tuntut Aisha bayar RM77,000

    Kharisma Music InternationalKharisma Music International

    Sementara itu, penyanyi dan juga penganjur bagi konsert berkenaan iaitu Yuka Kharisma menjelaskan bahawa konsert itu diadakan sebagai cagaran untuk Aisha membayar semula wang sebanyak RM83,000 yang dipinjamkan kepada pelantun lagu ‘Sutera’ sewaktu menyertai Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38) pada Mac lalu.

    Pada Januari 2024, pihak ARE menyatakan kesukaran mereka mencari dana bagi persembahan Aisha pada AJL dan telah memohon bantuan daripada pihak KM untuk merealisasikan persembahan di pentas AJL.

    Kami telah berikan Aisha lebih kurang RM83,000 untuk persiapan Aisha di AJL dan setakat ini dia hanya membayar RM6,000.

    Dalam pada itu, Yuka turut menafikan dakwaan mengatakan syarikat mereka tidak melakukan sebarang promosi untuk konsert tersebut.

    ALSO READ:  'Aida Memasukkan Ruhainies ke dalam 'Blacklist': Iktibar untuk Artis yang Terlibat dalam Kontroversi'

    Jelas Yuka, syarikatnya telah melakukan yang terbaik sebagai penganjur bagi memastikan tiket konsert dapat dijual.

    Sebagai penganjur kami sudah membuat promosi menerusi ads namun kita juga sangat terbatas dan kita minta (Aisha) satu video, ia memakan masa hampir dua bulan. Artis juga memainkan peranan yang besar untuk sebuah konsert.

    Ini bukan konsert pertama saya, sudah banyak yang saya anjurkan dan artis memainkan peranan penting untuk menjayakan konsert tersebut dan juga promosi.

    Kalau kata kita kurang promosi kena tanya juga bagi pihak artis, adakah anda sudah buat banyak promosi di sosial media anda?

    Terdahulu, penyanyi Aisha Retno meluahkan rasa kecewa selepas konsert sulungnya iaitu Konsert Malam Sutera Aisha Retno yang dijadualkan berlangsung pada 16 November lalu dibatalkan.

    Difahamkan, pembatalan konsert tersebut terpaksa dibuat atas faktor penjualan tiket yang tidak memberangsangkan.

    Walaupun begitu, pihak penganjur memberi jaminan peminat yang telah membeli tiket akan menerima pulangan wang dalam masa 14 hari bekerja.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts