Isteri kepada pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah, dilihat memuat naik sebuah posting khas buat ibu tunggal di luar sana.
Khas untuk ibu tunggal
Menerusi video yang dimuat naik, terdapat kata-kata yang menggambarkan pengorbanan seorang ibu tunggal. Kata-kata tersebut membawa maksud seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja dan mengharungi segala ujian demi memberi kebahagiaan kepada anak-anak.
Terdahulu, Patimah menekankan, dia tidak pernah berdoa agar rumah tangga Syamsul dan Ira Kazar akan berakhir dengan penceraian.
Menurut Patimah, dia tidak pernah berdoa sedemikian terhadap anaknya sebaliknya, memohon Allah memberikan yang terbaik buat Syamsul.
Pada masa yang sama, Patimah berkata, dia sudahpun memaafkan keluarga Ira atas apa yang berlaku.
Namun, nasi sudah jadi bubur dan rumah-tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul hancur, anak-anak jadi mangsa.
Sekadar info, Syamsul sudah memfailkan perceraian dengan Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Tindakan itu dibuat selepas mereka didakwa tidak ada lagi persefahaman.
Dalam laporan pada Oktober tahun lalu timbul khabar angin mengenai perceraian pasangan selebriti berkenaan.
Bagaimanapun, tidak ada sebarang kenyataan daripada kedua pihak.