1. Yoga
Untuk pengetahuan kamu, yoga merupakan senaman yang memberi tumpuan pada regangan dan menguatkan badan. Dedah Gisele dalam salah satu posting Instagramnya, yoga juga membantu melegakan tekanan dan bagus untuk meditasi.
2. Pilates
Menjadi antara kegemaran Gisele, pilates bukan sahaja senaman yang membantu menguatkan setiap otot; tetapi juga membantu mengimbangi badan disebabkan oleh penekanan pada keseimbangan dan pengecutan otot.
3. Brazilian Jiu-Jitsu
Kongsi Gisele, seni bela diri boleh melatih setiap bahagian badan dengan menggunakan pergerakan yang banyak. Malah dia juga berasa lebih kuat danyakin selepas melakukan seni bela diri ini.