Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKieda Crepe Mohon Maaf ‘Ciplak’ Logo Elephant Army – ‘Kami Tanggung Rugi,...

    Kieda Crepe Mohon Maaf ‘Ciplak’ Logo Elephant Army – ‘Kami Tanggung Rugi, Kami Tak Makan Duit Haram’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pempengaruh dan usahawan, Khalieda Yusra atau lebih dikenali sebagai Kieda Crepe sekali lagi menjadi bualan hangat netizen di media sosial susulan menggunakan logo hak cipta orang lain pada t-shirt mereka tanpa kebenaran.

    ‘Kami tak makan duit haram’

    Difahamkan, logo yang digunakan Kieda Crepe adalah logo Elephant Army yang merupakan penyokong pasukan bola sepak Pahang iaitu Ultras Pahang.

    Menerusi perkongsian di Instagram, Kieda memaklumkan t-shirt yang dicetak khas untuk jelajah Pahang Kieda Crepe telah terjual sebanyak 90 helai dan hanya berbaki 60 helai sahaja.

    Pihak Elephant Army kemudian mengeluarkan kenyataan berkenaan isu tersebut dan memaklumkan logo itu telah pun didaftarkan sejak tahun 2018.

    Selepas ditegur netizen berhubung penyalahgunaan hak cipta orang lain, suami kepada Kieda iaitu Hilmi Zaki akhirnya membuat permohonan maaf dan akui tidak tahu bahawa logo tersebut telah didaftarkan.

    Takda rezeki Hilmi Zaki (suami) untuk baju Pahang. Tapi no worries, Amy buat design baru untuk orang Pahang ye? Terima kasih semua yang support dan bekerjasama dengan baik.

    Refund baju semula kepada kami, kami tanggung rugi. Kami tak makan duit haram , kami untung sikit tapi kenangan tu yang besar untuk kami. Its okay, pengalaman dan pengajaran.

    Difahamkan, pihak Kieda Crepe juga telah menghubungi pihak Elephant Army dan ianya telah diselesaikan secara baik.

    Perkongsian di Facebook

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts