Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKieda Crepe Selar Netizen Kaitkan Kesalahan Logo Dengan Arwah Bapa – ‘Taksub...

    Kieda Crepe Selar Netizen Kaitkan Kesalahan Logo Dengan Arwah Bapa – ‘Taksub Macam Aku Saja Buat Dosa’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    kieda logo bapa12kieda logo bapa12

    Usahawan Kieda Crepe menyelar warganet yang meninggalkan komen melampau terhadapnya berhubung isu ciplak logo Elephant Army.

    Jangan melampau

    kieda logo bapa1kieda logo bapa1

    Menerusi perkongsian di TikTok, Kieda atau nama sebenarnya Nur Khalieda Yusra memuat naik tangkap layar komen seorang individu di laman Facebooknya.

    Kau ingat tu logo bapak kau ke main sedap tekak nak pakai?

    Tidak berdiam diri, Kieda kemudian membalas komen tersebut.

    Jangan main nama bapak baru*.

    Menurut Kieda, isu berkenaan telah pun selesai namun dia kecewa dengan sikap segelintir warganet yang masih menghukumnya dan meninggalkan komen biadab.

    Hebatnya ujian aku. Yang salah kami, jangan main bapa aku, bab aku dengan semua pihak sana semua dah selesai.

    Bab ‘natangzen’ memang takkan selesai. Ada yang komen dah “melayu” maafkan jelah yang pecah ruman aku. Ya, memang aku maafkan. Mana ada aku berdendam, aku maafkan semuanya.

    Dalam masa yang sama, Kieda mengakui kekhilafannya berhubung isu tersebut namun berharap warganet menjaga adab dan penulisan mereka di media sosial.

    Kes logo ni, aku salah dan aku minta maaf. Mama dan arwah abah aku tak pernah didik kami mencuri dan guna hak orang. Tapi aku manusia, silap aku guna tak kaji dulu dan aku mengaku salah.

    Tolong lah, nak taksub jangan sampai lupa kita ni ada Allah. Taksub macam aku saja buat-buat dosa.

    Abah aku 2 hari lagi cukup setahun tinggalkan aku. Luka itu masih ada walaupun tak berdarah. Jaga jari, kita semua ada keluarga.

    Bagaimanapun, tinjauan mendapati Kieda telah memadam hantaran berkenaan.

    Terdahulu, Kieda dan suami menggunakan logo hak cipta Elephant Army pada t-shirt mereka tanpa kebenaran.

    ALSO READ:  Mira Filzah Kongsi Tips Untuk Jaga Solat – ‘Bila Kita Buat Sebagai Rutin Harian, Kita Akan Rasa Pelik & Janggal Kalau Tertinggal’

    Selepas ditegur warganet berhubung penyalahgunaan hak cipta orang lain, suami kepada Kieda iaitu Hilmi Zaki akhirnya membuat permohonan maaf dan akui tidak tahu bahawa logo tersebut telah didaftarkan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts