Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKikan Dedah Pernah Benci Dikaitkan Dengan Cokelat Band – ‘Mati-Matian Saya Cuba...

    Kikan Dedah Pernah Benci Dikaitkan Dengan Cokelat Band – ‘Mati-Matian Saya Cuba Melepaskan Diri’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi kumpulan Cokelat, Kikan mengakui pernah tidak mahu lagi dikaitkan dengan nama kumpulan itu selepas pengunduran sebagai vokalis pada tahun 2010.

    Artikel berkaitan: Band Cokelat Kembali Ke Malaysia 7 September Ini!

    Pernah putus hubungan

    Menurut Kikan atau nama sebenarnya Kikan Namara, dia juga bertindak memutuskan hubungan sejak berlaku konflik di antara mereka.

    Selama saya tak bersama Cokelat, saya benci dan marah sekali kalau dikaitkan dengan nama Kikan Cokelat. Saya ini Kikan Namara. Saya mencuba mati-matian melepaskan diri dari bayang-bayang Cokelat.

    Siapa sangka beberapa tahun kemudian mungkin rahsia Allah dan rahsia kehidupan saya akhirnya kembali bersama band ini.

    Sebenarnya tak pernah terlintas di fikiran saya untuk bergabung dengan abang-abang saya di sini. Bagi saya, ‘reunion’ ini sangat istimewa.

    Kikan ditemui semasa di sidang media konsert Cokelat Kembali di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, semalam.

    Tambah Kikan, usaha untuk menggabungkan mereka semula merupakan idea Edwin serta suami yang merupakan pengurus kepada Kikan iaitu Udzir.

    Edwin mewakili Cokelat, manakala Uzair mewakili saya. Mereka berdua inilah yang bersungguh-sungguh berkomunikasi di belakang saya demi menyatukan kembali Cokelat. Sebenarnya saya memang marah dengan Udzir kerana masih berkomunikasi dengan mereka.

    Udzir cuba berbohong tetapi akhirnya membuka rahsia sebenar bahawa Edwin (gitar), Ernest (gitar), Ronny (bass) dan Ervin (dram) menyimpan hasrat besar untuk melihat saya kembali bersama Cokelat.

    Dalam pada itu, Kikan turut mendedahkan punca dia meninggalkan Cokelat kerana mahu memberi tumpuan kepada suami dan anaknya.

    Antara kami berlima, saya yang pertama berkahwin. Jadi, saya sukar untuk memberikan masa buat kedua-duanya.

    Selama dua tahun juga saya berperang dengan hati dan perasaan sendiri sebelum akhirnya membuat keputusan keluar daripada kumpulan kerana merasakan itu adalah keputusan yang terbaik.

    Sekadar info, mereka pernah berpisah selama 12 tahun sebelum kembali bersatu pada 2022.

    ALSO READ:  ‘Banyakkan Baca Quran & Solat Sunat Dekat Dalam Tu’ – Kawan Aliff Teega, Aisyah Hijanah

    Dalam perkembangan lain, Cokelat bakal mengadakan konsert pada 7 September di Zepp Kuala Lumpur dan tiket sudah mula dijual pada 31 Mei lalu sehingga 30 Jun ini.

    Pembelian tiket ini secara automatik berpeluang untuk Meet & Greet bersama kumpulan Cokelat.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts