Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Kila Cuba Mencekik Ameena Di Hari Persandingan” – Komen Netizen Pada Gambar...

    “Kila Cuba Mencekik Ameena Di Hari Persandingan” – Komen Netizen Pada Gambar Pernikahan Shakilla Undang Tawa Netizen

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebelum ini pernah tular mengenai berita mengenai Shakilla Khoriri yang meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan anak perempuan isteri baharu Fizi Ali yang dilihat menekup mulut anaknya dalam foto perkahwinan mereka.

    Fizi Ali Tampil Jelaskan Isu Sebenar

    via Berita Harian

    Namun dakwaan tersebut dijawab oleh Fizi dengan menjelaskan bahawa ketika foto itu dirakamkan Ameena mahu mencium tangan kakak tirinya itu namun kelihatan seperti Damia menutup mulut anaknya.

    Terbaru, satu gambar yang dimuat naik oleh Ramona Zam Zam telah mencetuskan tanda tanya pada mulanya mengenai status Shakilla.

    Dalam gambar tersebut, Ramona memuat naik gambar bersama Shakilla yang memakai baju pengantin dan bergambar bersama anak-anak mereka.

    Semoga kebahagiaan milikmu. Sayang kau dan Ameena

    Gambar itu juga sekaligus menunjukkan bahawa Shakilla Khoriri sudah sah kembali bergelar isteri selepas selamat disatukan dengan lelaki pilihan hatinya dikenali sebagai Fariz.

    Sah Bergelar Isteri

    via Instagram Ramona Zam Zam

    Untuk menguatkan lagi dakwaan mengenai perkahwinan tersebut, Shakilla sendiri juga ada memuat naik gambar perkahwinannya di Instagram bersama Fariz.

    Gambar yang dimuat naik oleh Ramona tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi dari netizen di ruangan komen dan salah satunya apabila netizen secara berseloroh mengatakan bahawa gambar tersebut seolah-olah Shakilla cuba mencekik anaknya.

    Hati-hati dengan gambar ni. Risau sebelah sana cakap Kila cuba mencekik Ameera di hari persandingan.

    Apa pun Kila cantik sangat-sangat. Tahniah Kila.

    Daripada komen tersebut, kelihatan ramai yang terhibur dan ada yang mendakwa bahawa sindiran tersebut seolah-olah membalas semula gambar kejadian semasa perkahwinan Fizi Ali.

    Sekadar makluman, Shakilla Khoriri, selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan dikenali sebagai Fariz di sebuah lokasi di Shah Alam, Selangor.

    ALSO READ:  Nabil Kongsi Momen Ikut Tabligh Dengan Aliff Aziz – ‘Dia Sebaik-Baik Manusia, Tak Pernah Tinggal Solat Tahajud’

    Shakilla sebelum ini pernah bergelar isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali dan dikurniakan anak perempuan, Ameena Sofia dan bercerai pada Disember 2021.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts