Pelakon dan penyanyi, Kilafairy memberitahu dia masih tiada teman istimewa dan gembira dengan kehidupannya sekarang.
Artikel berkaitan: ‘Tiada Raya Untuk Saya Tahun Ini’ – Kilafairy Masih Berduka Kehilangan Ibu Tersayang
Artikel berkaitan: Kilafairy Dijangkiti Influenza A – ‘Ini Kali Pertama Sakit Selepas Kematian Mama’
Gembira hidup ‘single’
Menerusi perkongsian di TikTok Hijabista, Kilafairy berkata, sekiranya dia mahu berkahwin ia adalah bertujuan untuk melengkapkan ibadahnya.
Saya sangat gembira hidup ‘single’. Kalau saya nak mendirikan rumah tangga pun, saya mahu melengkapkan separuh daripada agama saya. Itu sahaja.
Lagi satu nak suruh tolong buangkan lipas.
Proses berduka ‘on off’
Sementara itu, mengulas tentang pemergian ibu tersayang pada setahun lalu, Kilafairy mendedahkan ada hari-hari di mana dia masih berduka.
Alhamdulillah saya okay cuma terpulang kepada diri saya. Kadang-kadang hari ini lain, itu yang saya sedari. Berduka adalah satu proses yang indah. Awak ingat dah okey tapi sampai satu hari akan nangis sampai terduduk, ‘lah belum habis lagi ke?’
Jadi saya tanya kawan-kawan yang (ada keluarga) sudah meninggal 15 tahun, ia memang seperti itu. Jadi, berbalik kepada diri saya macam mana saya menanganinya.
Untuk rekod, Allahyarham Dara Abdul Jalil atau Rohana Jalil telah meninggal dunia pada 20 Jun tahun lalu ketika berusia 68 tahun akibat kebocoran pada usus perut.