Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKilafairy Masih Berduka Kehilangan Ibu Tersayang, Raya Tidak Dirayakan Tahun Ini

    Kilafairy Masih Berduka Kehilangan Ibu Tersayang, Raya Tidak Dirayakan Tahun Ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Tahun ini, pelakon dan penyanyi, Kilafairy akui tidak teruja untuk menyambut Ramadan dan Aidilfitri selepas kehilangan ibu tercinta, Rohana Jalil pada 20 Jun tahun lalu.

    Artikel berkaitan: Biarpun Sudah 2 Tahun Beli Rumah Sendiri, Kilafairy Lebih Selesa Menetap Di Kediaman Arwah Mama

    Artikel berkaitan: ‘Hari Yang Paling Saya Takut Sudah Tiba, Berehatlah Bidadari Syurgaku’ – Kilafairy

    Tiada persiapan raya

    Memetik laporan Harian Metro, dia juga tidak membuat sebarang persiapan raya dan hanya fokus kepada keluarganya sahaja.

    Baju raya pun saya tak beli. Tiada raya tahun ini untuk saya. Malah saya akan raya dengan mama kat kubur dia. Macam mama pernah pesan pada saya, reda dengan semua ketentuan Allah, insya-Allah semuanya akan okey.

    Fokus saya sekarang ialah pada yang masih ada iaitu papa, adik-beradik, sepupu dan lain-lain. Ustazah saya kata, Mama akan gembira kalau kita gembirakan orang-orang dia sayang yang masih hidup.

    Jadi, untuk tidak rasa sedih sangat, saya pastikan buat amal jariah dan sebagainya untuk mama setiap hari dalam hidup saya selagi saya masih hidup.

    ‘Sunshine’ dah hilang

    Menurutnya, dia masih sukar untuk melupakan kenangan dengan ibunya selepas tinggal bersama selama 31 tahun.

    Memang tak boleh nak fikir kerana banyak sangat. Cuma, saya rindu masakan mama. Ya Allah rindunya keceriaan dia.

    Mama ini ibarat ‘sunshine’ dalam hidup kami. Sentiasa ceria setiap hari dan menggembirakan hidup kami. Sekarang cahaya matahari dah hilang. Saya tak akan pernah jadi orang yang sama seperti saya sebelum ini.

    Untuk rekod, Allahyarham Dara Abdul Jalil atau Rohana Jalil telah meninggal dunia pada 20 Jun tahun lalu ketika berusia 68 tahun akibat kebocoran pada usus perut.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Tahu Tak Kau Dapat Bekas Je’ – Suzana Ghazali Hairan Wanita Bangga Buat Pengakuan Jadi ‘Kekasih Gelap’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts