Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKilafairy Trauma Dengan Hospital, Terpaksa Tolak Tawaran Berlakon – ‘Tiga Bulan Jaga...

    Kilafairy Trauma Dengan Hospital, Terpaksa Tolak Tawaran Berlakon – ‘Tiga Bulan Jaga Arwah Mama Di Wad’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    KilafairyKilafairy

    Pelakon dan penyanyi Kilafairy memberitahu dia masih belum dapat mengendalikan trauma kehilangan dengan baik selepas ibu tercinta iaitu penyanyi Rohana Jalil pergi menemui Ilahi.

    Trauma hospital

    KilafairyKilafairy

    Ketika ditemui , pemilik nama lengkap Syakila Nisa Jahangir Khan mendedahkan disebabkan trauma itu dia terpaksa menolak tawaran berlakon sebuah drama bersiri yang memerlukan dia menjalani penggambaran di hospital.

    Dari segi lakonan saya tak mula apa-apa lagi sebab tawaran terakhir yang saya dapat, 90 peratus ‘shoot’ di hospital. Jadi saya belum bersedia untuk itu sebab saya meluangkan masa tiga bulan menjaga arwah mama di wad hospital sebelum ini.

    Saya hanya mahu elakkan perasaan itu datang balik. Saya tanya pasukan produksi, lokasi ‘shooting’ kita di mana, dan mereka beritahu 90 peratus di hospital.

    Banyak sangat, kalau setakat lima atau enam ‘scene’, saya okay. Jadi kalau nak ‘shoot’ setiap hari di hospital, saya masih tak boleh, disebabkan itu saya masih menunggu tawaran yang sesuai. Saya rasa perasaan ini akan ada selama-selamanya cuma kita kuat atau tidak.

    Kilafairy berkata demikian ketika ditemui di majlis pembukaan kedai pertama Nunha Store di MyTown, baru-baru ini.

    Dalam pada itu, Kilafairy menjelaskan dia bukanlah berniat untuk menolak tawaran, sebaliknya masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan kehilangan ibunya.

    Kalau nak buat ‘scene’ ibu meninggal dunia, saya tidak kisah sebab perasaan saya ketika menjayakan babak itu mungkin nampak natural, jadi saya tak kisah tapi kalau lokasi seperti hospital, susah sikit bagi saya.

    Saya tidaklah meletakkan banyak syarat untuk lakonan, saya percaya mereka yang menawarkan tawaran pada saya akan faham dan ramai yang boleh bertolak ansur.

    Tak tahu kenapa tawaran menjayakan drama di hospital yang diberikan kepada saya agak banyak juga. Sebelum ini saya boleh saja buat tapi disebabkan mama pergi, ia masih segar lagi di ingatan saya.

    Ini pun kali pertama saya tolak tawaran menjayakan drama yang 90 peratus ‘shoot’ di hospital.

    Terdahulu, Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abdul Jalil yang ketika itu berusia 68 tahun menghembuskan nafas terakhir pada 20 Jun tahun lalu akibat kebocoran pada usus perut.

    ALSO READ:  [VIDEO] MK K-Clique Kongsi Berita Kehamilan Anak Pertama Pada Hari Lahir Ke-28!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts