Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKim Kardashian Versi Vietnam, Ly Nha Ky Miliki Banyak Koleksi Mewah &...

    Kim Kardashian Versi Vietnam, Ly Nha Ky Miliki Banyak Koleksi Mewah & Rumah Seperti Istana!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pernah ke kamu dengar tentang Kim Kardashian versi Vietnam ini?

    Buat mereka yang tidak berapa familiar; Ly Nha Ky atau mesra digelar Lady D ialah seorang pelakon, model dan ahli perniagaan di Vietnam.

    Hidup dalam kesenangan dan sangat kaya membuatkan Ly ini digelar sebagai Kim Kardashian. Ly dikatakan memiliki empayar hartanah bernilai jutaan ringgit, pelaburan, barang kemas dan fesyen yang sangat mahal. Walaupun dia seorang yang kaya, Ly tidak kedekut dan gemar berkongsi kekayaan dengan orang lain.

    1. Bina semula rumah seperti istana 

    Miliki bangunan pangsapuri 25 tingkat di kawasan mewah Thai Dien, Ly merobohkan dan membina semula bangunan tersebut mengikut rancangan rumah agam idamannya.

    YouTube video

    Rumah agam itu dihiasi dengan emas, inspirasi zaman Yunani di mana mana tangga marmar melengkung itu memberi suasana yang sangat mewah. Dalam rumah ini terdapat studio dengan peralatan penggambaraan yang canggih, karaoke, bilik hiburan dan jakuzi bawah tanah. Selain Ly, chef dan kakitangannya juga tinggal dalam rumah yang sama.

    2. Mula kumpul berlian sejak usia 20-an

    Pelakon ini dilaporkan telah membeli berlian pertama pada usia 22 tahun. Sejak daripada itu dia mula mengumpulnya sebelum menceburi perniagaan barang kemas. Pada tahun 2011, Ly telah mengedarkan barang kemas daripada De Grisogono, Paolo Piovan, Crivelli Gioielli dan Staurino. Kemudian, dia juga memperkenalkan rangkaian berliannya sendiri, Lynk.

    3. Miliki koleksi fesyen mewah yang lengkap 

    Ly sering muncul di khalayak ramai dalam ciptaan haute couture yang mahal daripada pereka terkenal seperti Georges Hobeika, Alexis Mabille dan Alexander McQueen.

    Jika ada koleksi fesyen yang menarik perhatiannya, dia akan membeli seluruh koleksi tersebut. Contohnya beg Hermes Birkin, Ly akan beli koleksi yang sama dalam warna yang berlainan

    4. Ibunya pula tinggal di vila yang mewah & mahal 

    Khas untuk ibunya, Ly membina sebuah vila mewah seluas 108,000 kaki persegi di kampung halamannya iaitu di wilayah Ba Ria-Vung Tau. Vila tersebut dibina berdasarkan gaya seni klasik Vietnam.

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts