Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, January 22, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKim Seri Nafi Lari, Terpaksa Tutup Nombor Selepas Dapat Banyak WhatsApp Dari...

    Kim Seri Nafi Lari, Terpaksa Tutup Nombor Selepas Dapat Banyak WhatsApp Dari Bukan Pelanggan – ‘Saya Masih Berikan Kerjasama’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pempengaruh media sosial dan usahawan, Kim Seri menjelaskan sebab nombor telefon yang dikongsikannya di media sosial tidak dapat dihubungi.

    Banyak dapat mesej dari orang tak kenal

    Menerusi perkongsian di IG Story, Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina menjelaskan bahawa dia telah menerima banyak mesej daripada orang yang tidak dikenali.

    Ujar Kim, nombor telefon tersebut didedahkan bertujuan untuk memudahkan urusannya membayar balik wang pelanggan yang didakwa terbabit dengan dakwaan penipuan pelancongan ke Korea Selatan.

    Untuk yang bertanya kenapa nombor WhatsApp yang tak dapat dihubungi, saya minta maaf kerana kesilapan mendedahkan nombor tersebut kepada umum.

    Kami menerima ratusan mesej sehari dan bukan daripada pelanggan yang memohon refund. Jadi, buat masa ini kami terpaksa menutup nombor tersebut.

    Biarlah kami sendiri yang menghubungi para pelanggan kami.

    Dah mula proses ‘refund’

    Sementara itu, Kim Seri juga memaklumkan dia kini sudah mula melakukan proses ‘refund’ secara berperingkat kepada para pelanggannya.

    Dah buat group WhatsApp dan mulakan proses ‘refund’ untuk trip Disember 2024 dulu dan seterusnya saya akan buat untuk ‘trip’ akan datang.

    ‘Trip’ akan datang tu bukan bermaksud ‘trip’ baharu yang akan dibuka. Saya tak buka ‘trip’ baharu.

    Maksud saya, ‘trip’ yang sudah ada tapi akan berlepas pada bulan Januari dan Februari 2025.

    Saya dahulukan proses ‘refund’ untuk ‘trip’ Disember 2024 dulu.

    Tambah Kim Seri, dia juga akan memberikan kerjasama yang sebaik mungkin terhadap siasatan yang dilakukan ke atasnya.

    Terdahulu, tular beberapa video dan hantaran dimuat naik beberapa individu di media sosial yang dipercayai menjadi ‘mangsa’ kepada pakej pelancongan yang ditawarkan Kim Seri.

    ALSO READ:  Puteri Sarah Terbuka Selesai Cara Baik Dengan Bekas Pekerja – ‘Hidup Ini Singkat, Kenapa Nak Stres’

    Difahamkan, individu tersebut telah berdepan dengan pelbagai masalah sepanjang trip percutian ke Korea Selatan dan masalah itu mula timbul sejak mereka masih berada di Malaysia.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts