Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKim Sung Kyu Bakal Gegarkan Zepp Kuala Lumpur, Konsert Solo Pertama...

    Kim Sung Kyu Bakal Gegarkan Zepp Kuala Lumpur, Konsert Solo Pertama di Malaysia Selama 2 Hari

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Para peminat K-pop di Malaysia bersiap sedia untuk menyambut kehadiran idola mereka, Kim Sung Kyu, yang akan mengadakan konsert solo pertamanya di negara ini pada 10 dan 11 Ogos. Kim Sung Kyu, ketua kumpulan K-pop terkenal INFINITE, secara rasmi telah memulakan jelajah konsertnya yang dinantikan, “Let’s Vacay.” Setelah pelancaran yang sensasi di Seoul baru-baru ini, Sung Kyu kini bersiap sedia untuk membawa konsert solo pertamanya ke Malaysia pada hari Sabtu, 10 Ogos, 8 malam dan Ahad, 11 Ogos, 4 petang di Zepp Kuala Lumpur.

    Konsert ini bukan sahaja penting untuk Sung Kyu, tetapi juga buat para peminatnya di Malaysia yang telah lama menantikan peluang untuk menyaksikan idola mereka secara langsung. Ini adalah kali pertama Kim Sung Kyu mengadakan konsert solo di Malaysia, menjadikan acara ini lebih bermakna dan ditunggu-tunggu.

    Sung Kyu turut membawa faedah tambahan ekslusif untuk peminat, khususnya pembeli tiket VIP hari pertama yang berpeluang mendapat kad foto bertandatangan, manakala pembeli tiket VIP hari kedua berpeluang menerima Polaroid bertandatangan.

    Sung Kyu tidak sabar bertemu peminat-peminat di Malaysia dan berkongsi momen yang tidak akan dapat dilupakan bersama mereka dalam dua konsert berturut-turut ini.

    Tiket untuk Konsert Kim Sung Kyu 2024 [LV3: Let’s Vacay] Asia Tour di Kuala Lumpur boleh didapati di laman web www.etix.my dengan harga RM788 (VIP), RM728 (VIP BOX), RM688 (CAT 1) dan RM588 (CAT 2), tertakluk kepada bayaran pemprosesan RM4 dan transaksi RM10.

    Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang konsert Kim Sung Kyu 2024 [LV3: Let’s Vacay] Asia Tour di Kuala Lumpur untuk dua malam itu, sila dapatkan maklumat di platform media sosial rasmi. Promoter FB: 43 &  Promoter IG: 43 .

    ALSO READ:  [VIDEO] “First Time Terhentak Kuat Belakang Kepala…”-Ubai MZ



    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts