Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKin By Nik Jawab Dakwaan Guna ‘Mak Esah’ Di Pentas Precious Of...

    Kin By Nik Jawab Dakwaan Guna ‘Mak Esah’ Di Pentas Precious Of Malaysia, – ‘Ia Hanyalah Gimik Persembahan Semata’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila tularnya video memaparkan seorang wanita yang berselubung kain hitam dan berperwatakan seperti bomoh muncul dalam pertandingan fesyen Precious Of Malaysia – International Cultural Fashion Week, yang berlangsung di Menara Affin @TRX, Kuala Lumpur pada 3 Ogos lalu.

    Pereka fesyen jawab dakwaan

    Kemunculan wanita itu menyebabkan ramai mendakwa pereka fesyen meningkat naik iaitu Nik Amri yang membawa jenama Kin By Nik menyelitkan unsur khurafat dalam persembahan bagi membolehkannya memenangi pertandingan fesyen tersebut.

    Sedar dirinya menjadi bualan, Nik Amri tampil memberikan penjelasan bagi mengelakkan berlakunya sebarang kekeliruan dalam kalangan netizen.

    Pada awalnya saya, hanya ketawa sahaja apabila ada yang mendakwa saya menggunakan khidmat ‘Mak Esah’ (bomoh) untuk menang Precious Of Malaysia.

    Tetapi apabila telefon saya tidak henti-henti terima panggilan bertanyakan hal tersebut, kononnya saya guna bomoh, saya jadi hairan dan pelik. Takkanlah ianya terlalu serius.

    Atas sebab itu, saya memberanikan diri menjawab pertanyaan media bagi menjelaskan situasi yang sebenar. Bukan apa, saya tak nak orang beranggapan seolah-olah benar saya buat perkara khurafat itu. Minta dijauhi.

    Menurut Nik, spekulasi itu timbul kerana ada di kalangan orang ramai yang tidak menonton video kesuluruhan sepanjang pertunjukkan fesyen itu berlangsung.

    Iya, memang saya bawa wanita tersebut dalam pertandingan itu. Tetapi tugasnya untuk berlakon sahaja yang merupakan gimik persembahan saya sebelum menampilkan koleksi penuh Kin By Nik.

    Asap yang dibawakan wanita itu bukanlah kemenyan, sebaliknya ais kering dan diserikan taburan bunga Melur.

    Tidak ada perbuatan khurafat sebaliknya hanya gimik persembahan bagi memeriahkan lagi acara itu. Saya masih tahu dosa pahala sebagai orang Islam.

    Saya pun tak salahkan sesiapa kerana mereka tak tahu konsep sebenar dan tidak melihat keseluruhan gimik yang dibuat dalam pertandingan itu.

    Sebenarnya, dalam persembahan itu terdapat tiga individu yang tampil berselubung di pentas merupakan rakan penari daripada Antava Projects. Jika kami benar-benar bomoh, sudah pasti akan menggunakan kelebihan tersebut untuk meraih kejayaan lebih besar!

    Gimik semata-mata!

    Tambah pereka fesyen itu lagi, jenama yang dibawanya seringkali tampil dengan elemen dramatik dan mengejutkan yang bertujuan untuk memukau para penonton yang hadir.

    Sebelum ini pun, Kin by Nik sentiasa tampil dengan elemen dramatik dalam setiap rekaan dan persembahan pentas.

    Untuk Precious Of Malaysia – International Cultural Fashion Week tahun ini, sedikit elemen konseptual teaterikal umpama upacara membuka panggung dan meraikan tetamu dimulakan dengan taburan bunga klasik yang sinonim dengan adat Melayu iaitu bunga Melur.

    Bunga Melur, yang biasanya mewangi pada waktu senja pula dipilih sebagai simbol kesucian, kemurnian dan keindahan.

    Dalam pada itu, Nik menjelaskan bahawa gimik yang dibuat itu mengikut konsep koleksinya yang diberi nama Sore Soirée yang membawa maksud senja.

    Sore Soirée menggabungkan dua konsep yang mana ‘sore’ bermaksud senja, masa antara lewat petang dan awal malam ketika matahari mulai terbenam.

    Manakala ‘soirée’ pula boleh diterjemahkan sebagai majlis malam atau pertemuan malam. Ia merujuk kepada acara atau perjumpaan yang diadakan pada waktu malam dalam suasana penuh elegan.

    Konsep ini menunjukkan transisi waktu senja menuju malam. Persembahan dimulakan dengan gerakan misteri dan suntikan elemen mistikal untuk membangkitkan mood sebelum persembahan fesyen bermula.

    Saya tegaskan sekali lagi, tiada sebarang ritual pembomohan pada acara pertunjukan fesyen kerana ia sekadar gimik persembahan untuk tampil berbeza dengan pereka fesyen lain.

    Kin by Nik diiktiraf sebagai Best Showcase

    Sekadar info, sebanyak 8 rekaan dipersembahkan Kin by Nik dengan menggabungkan inspirasi daripada rekaan tradisional Melayu seperti baju kebaya Kota Bharu, Baju Kebaya Riau, Baju Melayu Cekak Musang, Baju Melayu Teluk Belanga dan Kurung Kedah.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Wawa Zainal Rakam Suami Pakaikan Anak Mascara, Curi Perhatian Netizen!

    Jika diteliti, konsep persembahan rekaan fesyen oleh Kin by Nik kali ini mengolah konsep senja glamorama malam yang diibaratkan persis majlis mewah yang penuh gemerlapan pada waktu senja.

    Rekaan juga dimodenkan dengan menggunakan fabrik seperti PVC, faux leather, vinyl, poliester, tulle dan faux fur.

    Beberapa rekaan moden seperti sut lelaki, jaket panjang dan ball gown turut menjalinkan elemen tradisional dengan penggunaan fabrik songket.

    Selain itu, tiga jenis destar lelaki, Tanjak Cogan Daun Kopi, Tanjak Gajah Melaung dan Tanjak Negeri Pahang juga diangkat dalam persembahan kali ini.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts