Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Kira Okay La Ni. Bukan Pergi Bertanding Pun…”-Abby Abadi Puji Nyanyian Fazura?

    “Kira Okay La Ni. Bukan Pergi Bertanding Pun…”-Abby Abadi Puji Nyanyian Fazura?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan pelakon dan penyanyi, Nur Fazura sedang menyanyikan single terbaharunya, Bertahan Demi Cinta secara langsung dalam sebuah rancangan di Indonesia.

    Walaubagaimanapun, nyanyiannya itu mengundang kritikan netizen yang menyifatkannya sebagai kurang baik dan memalukan wakil Malaysia ke negara seberang.

    Video persembahan Fazura yang tular itu turut mendapat respon oleh pelakon, Abby Abadi yang berpendapat nyanyian Fazura bukanlah mudah untuk dinyanyikan kerana ia merupakan lagu duet.

    “Okay je, comel je Fazura nyanyi. Lagu duet nyanyi berdua bukan senang nak dinyanyikan sorang-sorang. Lagi pulak, guna minus one kosong. Kira okay la ni. Bukan pergi bertanding pun.”-tulis Abby Abadi di Insta Stories

    “Korang Maki-Maki Dapat Apa?…”

    Tidak menyangka ramai yang melemparkan kata-kata cacian terhadap Fazura, Abby meminta orang ramai yang mengecam untuk memperbanyakkan dengan amalan istighfar.

    “Banyaknya yang mencaci maki Faz. Dia ke sana dipanggil bekerja, tentu ada bayaran, silap-silap dibayar dengan USD.

    Korang maki-maki dapat apa? Dah tak suka tu semua serba tak kena. Istighfar banyak-banyak okay.”-tambah Abby Abadi lagi

    Sekadar info, single Bertahan Demi Cinta merupakan lagu yang pernah dirakamkan Fattah Amin sebelum mereka membuat keputusan untuk berpisah.

    Malah, turut menjadi bualan ramai selepas teaser dirilis selepas Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

    Fazura dan Fattah pernah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts