Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKisah Ala Korea “Dulu Dollah Daebak” Menyatukan Sean Lee Dan Sharifah...

    Kisah Ala Korea “Dulu Dollah Daebak” Menyatukan Sean Lee Dan Sharifah Rose

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Saksikan keserasian Sean Lee dan Sharifah Rose sebagai pasangan di dalam Dulu Dollah Daebak.

    Ala – Ala Drama Korea

    ‘Chemistry’ antara keduanya bakal membuatkan penonton terpikat dan dibuai dengan kisah dan situasi yang menarik dengan nuansa ala-ala drama Korea. 

    Selepas tujuh (7) tahun menetap di Australia sejak dari zaman belajar hinggalah sudah bekerja, akhirnya Dolli (Syarifah Rose) mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia.

    Ibu Dolli, Shima (Amyza Aznan) menyarankan Dolli pulang ke kampung untuk berehat sebulan dua sebelum kembali mencari pekerjaan baru di Kuala Lumpur.

    Namun, Dolli menolak, enggan pulang ke kampung kerana dalam masa yang sama Dolli mempunyai matlamat lain iaitu untuk menjejaki kawan sekolahnya, Dollah.

    Kisah Kawan Rapat Yang Telah lama Berpisah

    via Media Prima

    Dollah dan Dolli merupakan kawan yang akrab sewaktu di zaman persekolahan, tetapi persahabatan mereka terputus setelah Dollah menyambung pelajarannya ke luar negara.

    Sebagai tanda persahabatan Dollah pernah memberi hadiah berupa ‘keychain’ kepada Dolli.

    Dolli menyimpan pemberian Dollah itu sehingga kini kerana menganggap hadiah tersebut sangat istimewa baginya.

    Dolli sering tertanya-tanya di manakah keberadaan Dollah dan apa yang telah berlaku kepada Dollah dan keluarganya ketika beliau berada di luar negara.

    Sekembalinya Dolli ke tanah air, beliau berjaya mendapatkan pekerjaan yang bagus di sebuah syarikat.

    Tanpa disangka, Dolli bekerja dibawah satu bumbung dengan Dollah.

    Menambahkan keharuan apabila Dolli merupakan bos kepada Dollah. Namun Dolli tidak perasan akan Dollah kerana penampilan Dollah yang kelihatan sangat berbeza dari yang beliau pernah kenali.

    Malah Dolli tidak putus asa dan masih meneruskan pencariannya walaupun Dollah sebenarnya berada di depan matanya.

    ALSO READ:  Ahli Keluarga Dakwa Aisyah Digertak Alif Teega Beri Kenyataan Palsu?-“Dia Dikawal Untuk Sucikan Nama…”

    Dollah Sudah Berubah?

    via Media Prima

    Namun sebaliknya bagi Dollah.  Beliau mengenali Dolli tapi  mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana malu dengan penampilan beliau sekarang.

    Tambahan dia sering dibuli di pejabat termasuk oleh rakan sepejabat mereka, Risya (Riena Diana).

    Namun, Dollah menjadi tidak keruan dan rasa tercabar apabila rakan sekerja Dolli, Fattah (Syazuwan Hassan) mula merapati dan menunjukkan minat serta cuba untuk memenangi hati Dolli.

    Mampukan Dollah terus menerus menyembunyikan identitinya?  Berapa lamakah masa yang diambil untuk Dolli menyedari bahawa dia sudah menemui Dollah? Dapatkah Dollah dapat meluahkan perasaannya terhadap Dolli? Adakah perasaannya dibalas Dolli?

    Saksikan kisah romantik komedi, Dulu Dollah Daebak arahan Eoon Shuhaini yang mengandingkan pelakon Sean Lee, Sharifah Rose, Riena Diana, Syazuwan Hassan dan ramai lagi menerusi slot Akasia bermula 8 Ogos 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3 dan strim 24 jam lebih awal melalui aplikasi Tonton atau di laman web www.tonton.com.my.

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts