Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKisah Allahyarham S.Shamsudin-“Tukang Kayu Yang Menjadi Pelakon Terkenal”

    Kisah Allahyarham S.Shamsudin-“Tukang Kayu Yang Menjadi Pelakon Terkenal”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Allahyarham S. Shamsuddin atau nama sebenarnya Samsudin bin Dali dan nama panggilannya sebagai Sudin. dia dilahirkan pada 1 Januari 1929 di Pasir Panjang, Singapura.

    Bapanya berasal dari Melaka, manakala ibunya berasal dari Singapura. Sebelum menjadi pelakon, Sudin bekerja sebagai tukang kayu di studio Jalan Ampas. Beliau mula bekerja di sana pada tahun 1948 dan kerjanya ketika itu adalah membuat set untuk filem-filem terbitan studio serta gajinya ketika itu hanyalah $50 sebulan.

    Kali pertama Sudin mendapat peluang berlakon ketika pengarah B.S. Rajhans mengarahkan sebuah filem berjudul Chempaka pada tahun 1948, Sudin sebagai pelakon extra dengan bayaran $3 dapatlah dia membeli kopi ketika waktu itu.

    Selepas hampir 2 tahun menjadi pelakon extra, barulah Sudin naik menjadi pelakon pembantu dalam filem Aloha (1950) bersama P.Ramlee. Di dalam filem tersebut, Sudin menjadi pak lawak dan lakonannya memuaskan hati majikan serta semua orang yang berada di situ. Selepas filem Aloha, Sudin kerap berlakon sebagai pelawak di studio Jalan Ampas.

    Merupakan Salah Seorang Sahabat Baik P Ramlee

    Pada tahun 1953, Sudin diberi kepercayaan untuk menjadi pelakon utama dalam filem Istana Impian arahan V. Girimaji, ia adalah salah satu filem Sudin yang menjadikannya membawa watak yang serius dan tegas.

    VIA google

    Pada tahun 1957 pula, Sudin bersama Aziz Sattar terpilih untuk menjadi pelakon utama dalam filem komedi pertama arahan P. Ramlee iaitu Bujang Lapok dan filem tersebut mula ditayangkan pada 30 November 1957 dan meraih perhatian ramai sehingga menjadikan mereka ini terkenal.

     “S. Shamsuddin adalah seorang pelakon lawak yang memang berbakat. Saya tak perlu mengajar dia berlawak, memadai menerangkan kemahuan saya, dan lebih menyenangkan saya, dia dapat membuatnya lebih baik daripada yang saya jangkakan.”-komen P Ramlee

    Satu kehebatan Sudin dalam berlawak adalah beliau seorang yang tidak memerlukan skrip dalam menterjemahkan dialognya serta permainan mimik mukanya juga sangat berkesan sehingga mampu membuat penonton ketawa walaupun Sudin tidak berkata apa-apa.

    ALSO READ:  Shah Iskandar Syukur Layak Mohon Taraf Penduduk Tetap Di Malaysia – ‘Selepas 10 Tahun Tanpa Guna Kabel’

    Guna Kerengga Sebagai Latihan?

    Salah satu teknik yang Sudin amalkan untuk membuatkan lawak ialah dengan menggunakan kerengga. Menurut S. Sudarmadji, Sudin akan berlatih seorang diri dengan meletakkan kerengga di atas batang hidungnya dan membiarkan kerengga itu berkeliaran di mukanya. Dengan cara itu, Sudin dapat membuat senaman muka bagi mengelakkan beliau berasa geli akibat berkeliarannya kerengga itu tadi. Secara tidak langsung Sudin telah melakukan teknik mimik muka yang natural dan bukannya dibuat-buat.

    Menurut Wahid Satay, sangat susah untuknya mendominasi pentas apabila beliau digandingkan dengan Sudin ketika melakukan ‘stand-up comedy’.

    “Kalau ada ‘kunci’nya, baru kita boleh diamkan Sudin”, kata Pak Wahid.

    Menurut Aziz Sattar pula, Sudin adalah pelakon yang sukar untuk dikawal ketika di set. Kalau berlawak, dia suka buat dialog sendiri. Tapi kebiasaannya pengarah akan terima sahaja sebab apa yang Sudin buat itu lebih baik dan kelakar daripada benda yang sepatutnya perlu buat.

    Di luar bidang lakonan, Sudin adalah seorang yang pendiam. Sudin tak suka campur hal orang dan tak pernah bercakap hal buruk tentang orang sekelilingnya. Ramai para pelakon dan pekerja studio yang senang dengan sifatnya ini. Sudin bekerja di studio Jalan Ampas sehingga penutupannya pada tahun 1967. Tambahan pula beliau akan dapat tawaran berlakon di Cathay Keris.

    Pada tahun 1970-an dan 1980-an, Sudin sering berulang alik dari Singapura ke Kuala Lumpur untuk berlakon filem. Sudin pernah diberi anugerah Pelawak Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-2 (1981) menerusi filem Dia Ibuku arahan Yassin Salleh. Di Festival Filem Malaysia ke-22 (2009) pula, Sudin diberi penghargaan Anugerah Khas Juri: Artis Veteran Lelaki di atas sumbangannya dalam bidang seni di Malaysia.

    ALSO READ:  [VIDEO] AC Mizal Jawab Isu Tak Bayar Tiga Bulan Gaji Pekerja, Anggap Tuduhan Fitnah & Ada Bukti Kukuh – ‘Saya Ambil Tindakan Undang-Undang’

    Allahyarham S. Shamsuddin meninggal dunia pada 4 Jun 2013 di Singapura ketika berusia 84 tahun. Beliau meninggalkan seorang balu dan 7 orang anak. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Singapura. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

    Apa kata anda?



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts