Perjalanan sirah kisah Asma binti Abu Bakar (R.A.) yang sanggup berkorban jiwa dan raganya bagi membantu perjuangan Nabi s.a.w dan Saidina Abu Bakar dalam peristiwa Hijrah telah menjadi inspirasi bagi penyanyi nasyid baru Mateen untuk menjadi tema lirik single terbaru beliau.
Menghayati Kisah Asma
Lagu gubahan Friz dan dan lirik oleh Ito Lara itu membawa pendengar menghayati kisah Asma yang sedang sarat mengandung namun sanggup mendaki Jabal Thur bagi menyediakan bekalan makanan dan minuman untuk Rasulullah s.a.w dan ayahnya Saidina Abu Bakar di Gua Thur.
Kisah perjuangan Asma ini sangat menyentuh hati saya apatah lagi setelah digubah dengan susunan lirik yang indah dan melodi yang menyentuh hati.
Ia mengingatkan kita bagaimana seorang wanita juga memainkan peranan penting dalam membantu perjuangan menegakkan agama Allah
Single Solo Yang Kedua
Lagu Asma Abu Bakar merupakan single solo kedua Mateen selepas single pertama beliau Teratas dilancarkan awal tahun yang lalu.
Mateen juga menyatakan bahawa lagu sebelum ini dia mempertaruhkan lagu Teratas yang agak laju dari segi temponya dan kali ini untuk single kedua dia memilih lagu yang lebih perlahan dan memerlukan penghayatan serta memasukkan elemen sirah nabawiyah.
Memaparkan Simbolik Dari Sirah
Pembikinan muzik video lagu Asma Abu Bakar turut memaparkan simbolik dari sirah yang berlaku lebih 1400 tahun lalu.
Lokasi penggambaran telah dilaksanakan di kawasan bukit berbatu bagi menggambarkan keadaan bentuk muka bumi di Jabal Thur.
Lagu Asma Abu Bakar telah dilancarkan dan juga telah berada di semua platform digital termasuk rangkaian Youtube Inteam Digital.