Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, October 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKisah Datuk Aznil Haji Nawawi Menjadi Inspirasi Anak Muda!-“Kita Tak Dilahirkan Bodoh,...

    Kisah Datuk Aznil Haji Nawawi Menjadi Inspirasi Anak Muda!-“Kita Tak Dilahirkan Bodoh, Tapi…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak mengenali Datuk Aznil bin Haji Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil, merupakan seorang pengacara tersohor, pelakon, pengarah, penyanyi, penghibur dan penyampai radio di Malaysia. Datuk Aznil berkecimpung di dalam bidang pengacaraan lebih dari 26 tahun. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya.

    Datuk Aznil memulakan kerjaya penyiarannya pada 1990 sebagai penyampai berita dan wartawan di rangkaian televisyen swasta Malaysia, TV3. Sepanjang bersama TV3, antara rancangan dikendaikan oleh beliau ialah Buletin Utama (sebagai penyampai berita), pengacara di rancangan Melodi dan Pop Kuiz.

    Bagi kerjayanya sebagai pelakon, Datuk Aznil telah membintangi beberapa kredit filem seperti Sama Tak Serupa (1995), Aku No. 1 (2004), Cicak-Man (2006) dan Magika (2010).

    “Kita Tak Dilahirkan Bodoh, Pandai Atau Bodoh Itu Adalah Pilihan!”

    Baru-baru ini, Studio Sembang membawa pengacara tersohor iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi sebagai tetamu undangan untuk minggu tersebut. Banyak yang diceritakan beliau mengenai kisah hidupnya dari kecil sehingga kini. Namun apa yang menarik perhatian adalah, beliau yang mempunyai cita-cita untuk gagal dalam peperiksaan SPM serta tidak mahu belajar dari dahulu lagi.

    Perkara tersebut berubah 360 darjah apabila terinspirasi dengan idolanya iaitu Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang mempunyai ijazah di dalam jurusan undang-undang dari Universiti Malaya dan sekaligus dikenali ramai dalam dunia hiburan..

    Semasa di tingkatan 6, beliau belajar bersungguh-sungguh untuk mengikut jejak langkah idolanya yang bukan sahaja berjaya dalam bidang hiburan malah dalam bidang akademik juga. Akhirnya, beliau berjaya untuk menyambung pengajian ijazah dalam jurusan ekonomi di Universiti Malaya dengan memperolehi biasiswa penuh. Kini Datuk Aznil merupakan Profesor Adjung di Universiti Malaya.

    ALSO READ:  Stacy Luah Rasa Kagum Dengan Peminat ‘Bunga Matahari’-“Semoga Terubat Rindu…”

    Dari kisah ini, apa yang kita boleh ambil adalah pengaruh selebriti boleh membawa impak yang besar kepada orang biasa terutama sekali dalam bidang pendidikan. Seperti Datuk Aznil, Sudirman telah membawa perubahan yang besar dalam hidupnya terutamanya dalam bidang akademik.

    Semoga lebih ramai selebriti di Malaysia yang berpendidikan seperti Datuk Aznil yang menjadi inspirasi kepada anak-anak muda zaman sekarang untuk melebarkan sayap di dalam dunia pendidikan walaupun mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang penghibur. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

    YouTube video

    Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts