Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKisah Sedih: ‘Raya Saya Tahun Ini Kosong Tanpa Kehadiran Bapa’ – Nur...

    Kisah Sedih: ‘Raya Saya Tahun Ini Kosong Tanpa Kehadiran Bapa’ – Nur Shahida Berbicara Mengenai Persiapan Syawal

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Nur ShahidaNur Shahida

    Bakal menyambut hari raya tanpa bapa buat pertama kali, usahawan Datin Seri Nur Shahida menganggap Syawal tahun ini tidak memberi sebarang makna kepadanya.

    Syawal tanpa ayah

    Nur ShahidaNur Shahida

    Menurut Shahida, dia tidak bersedia untuk menyambut kehadiran Syawal kerana sering teringat akan arwah bapanya iaitu Mohd Rashid Abbas yang telah menghembuskan nafas terakhir pada Disember tahun lalu.

    Shahida yang gagal menahan air mata berkata dia akhirnya memahami perasaan kehilangan orang tersayang dalam hidup.

    Sejujurnya tiada persiapan raya, sebab saya tidak bersedia nak sambut raya. Saya rasa raya tahun ini tiada makna kerana bapa saya sudah tiada.

    Kalau sebelum ini dia akan telefon setiap hari tanya keadaan saya okay atau tidak, dah makan atau minum. Sekarang tiada lagi semua itu. Sebab itu saya tiada perasaan nak beraya tahun ini.

    Saya tidak pernah rasa kehilangan orang terdekat dalam keluarga dan ini yang pertama. Saya baru tahu bagaimana perasaan orang yang kehilangan ayah. Perasaan memang terlalu sakit.

    Shahida berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di TikTok miliknya.

    Bagaimanapun, isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri itu berkata, persiapan raya hanya untuk anak-anak mereka sahaja.

    Mungkin persiapan hanya untuk anak-anak sahaja.

    Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut berasa sebak melihat video berkenaan dan mengirimkan doa buat arwah bapa Shahida.

    Pada 7 Disember lalu, Shahida menerusi hantaran di Instagram memaklumkan bapanya Mohd Rashid Abbas telah meninggal dunia di kediamannya yang terletak di Sungai Petani, Kedah.

    Difahamkan, arwah meninggal dunia sewaktu sedang menunaikan solat dan masih mengenakan kopiah di kepala.

    ALSO READ:  [VIDEO] Netizen Tak Kelip Mata Tengok ‘Asoka Challenge’ Versi Cik B – ‘Paling Comel! Hilang Watak Ganas Dia’

    Video

    @shahidadherbs2 Raya tahun ni sangat berbeza dengan raya raya sebelum ni. Lain sangat rasanya. Inilah kali pertama perasaan rindu yang tiada ubatnya kerap singgah dalam hati saya. Rasa Sakit yang tidak mampu dirawat dan rasa pedih luka yang jauh dari sembuhnya. Tahun ni saya lebih fokuskan persiapan untuk anak anak sahaja. Takde dah nak beria macam tahun tahun lepas. Untuk saya pula Ala kadar sahaja pakai pakaian tahun lepas pun dah memadai Nantikan koleksi terbaru Warda Printed dari @ashijab ? original sound – Nur Shahida Mohd Rashid

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts