Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Kita Dah Terlalu Jauh, Rata-Rata Sekeliling Kita Adalah Maksiat’ – Tya Adnan

    ‘Kita Dah Terlalu Jauh, Rata-Rata Sekeliling Kita Adalah Maksiat’ – Tya Adnan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Isteri kepada pelakon Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan menitipkan nasihat tentang kesan buruk media sosial.

    Nasihat Tya

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Tya atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan meluahkan rasa kerisauan terhadap lambakan kandungan media sosial yang berunsur negatif.

    Kita dah terlalu jauh. Sangat jauh. Bila dah tahu, rasa takut sangat dengan apa yang jadi di media sosial kita hari ini dengan apa yang disebarkan, apa yang dinormalisasikan oleh para pempengaruh media sosial dengan konten yang bukan-bukan, rata-rata sekeliling kita adalah maksiat. Allahuakbar.

    Justeru itu, Tya menasihati semua orang untuk mengawal diri daripada menonton atau mengikuti mana-mana personaliti media sosial yang membawa pengaruh buruk terhadap masyarakat dan agama.

    Media sosial tidak dapat dikawal. Tetapi kita boleh kawal apa yang kita lihat di media sosial, dengan unfollow, mute atau block account yang tidak ada faedahnya.

    Kita bertanggungjawab untuk menjaga hati kita. Jaga mata kita, kerana mata dapat mempengaruhi hati kita dengan melihat perkara-perkara maksiat.

    Ini semua akan disoal kelak. Mungkin kita rasa ini perkara kecil, tetapi berat di akhirat kelak.

    Selain itu, ibu kepada dua orang anak tersebut berpendapat, sebagai seorang muslim, perlulah menghindarkan diri daripada mengambil tahu tentang aib dan melihat aurat orang lain.

    Elakkan diri kita melihat konten aib orang. Jangan ambil tahu langsung, bila kita ambil tahu aib orang, kita akan diuji dengan apa yang kita lihat dan dengar.

    Elak tengok konten yang tidak menutup aurat atau tidak menutup aurat dengan sempurna.

    Jangan kita like konten ini, sebab ia akan dihisab di akhirat kelak, umpama kita redha dengan mereka yang tidak taat perintah Allah SWT.

    Harini media sosial adalah pengaruh yang besar buat diri kita, jadi mulakan limit dengan apa yang kita lihat di media sosial.

    ALSO READ:  Greuther Furth vs Liverpool: Date, Time, Where to Watch, Live Stream

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts