Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Kita Faham Tengah Syok Beraya Sampai Terlupa Nak Ambil Tahu Apa Yang...

    ‘Kita Faham Tengah Syok Beraya Sampai Terlupa Nak Ambil Tahu Apa Yang You Patut Buat’ – Fasha Sandha Perli Siapa Tu?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Umum mengetahui, pelakon Fasha Sandha akui trauma untuk menyambut Lebaran di kampung selepas dia disahkan positif Covid-19 selepas pulang beraya di Rembau, Negeri Sembilan.

    Terbaru, Fasha memberitahu dia dan keluarga sudah bebas daripada virus tersebut.

    Bebas covid-19

    Menerusi perkongsian di Instagram, Fasha memuat naik video ketika menjalani ujian pantas (RTK) Antigen Covid-19 di sebuah klinik. Hasil ujian tersebut mendapati Fasha, suami dan anak-anaknya negatif Covid-19. Berikutan daripada itu, Fasha mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan dan bertanya khabar mengenai dirinya sepanjang tempoh kuarantin.

    Kami sekeluarga bebas covid! Syukur syukur. Di kesempatan ibu dan anak-anak ucapkan jutaan terima kasih kerana sending love and care sepanjang kami ditimpa musibah ini.

    Sejujurnya, to show love and care ni tidak semestinya kena bagi barang atau kebendaan pun, cukup lah sekadar call ,text untuk bertanya khabar dan ambil tahu masa perkara tu baru terjadi. Bukan lah lepas beberapa hari baru nak text tanya khabar. Dalam masa 24 jam tu dah kena cari. Dah kena ambil tahu.

    Menurut Fasha, dia mula belajar dan mengenali orang apabila ditimpa ujian sebegini. Ujar Fasha, bukan semua orang dipercayai ada ketika dia memerlukan sokongan moral.

    Jangan la bagi alasan takut menganggu, itu tak masuk dek akal, banyak cara nak berhubung pun. Tak berhubung saya, boleh je berhubung orang sekeliling saya. Masa tu sangat perlukan moral support, terutama masa betul-betul down dan emosi masa last thursday. 1 call 1 minute wont make any difference pun. Tiada alasan, kita faham tengah syok beraya sampai terlupa nak ambil tahu dan buat apa yang you patut buat.

    Tak apa di sini kita belajar, siapa ada siapa tiada, siapa lambat, masa kita ditimpa masalah ? Ini hikmah Allah tunjuk jelas. To me, kasih sayang ni, kena tunjuk masa orang tu masih hidup, kalau dah tak ada, tiada gunanya, setuju? Lepas ni quality over quantity?

    Orang kata, masa nak suka-suka tu ramai. Masa nak susah tu lambat je kan. Boleh delay? Kita doakan yang baik untuk semua. Apapun jangan lupa kesayangan ku stay safe. Lepas ni biar orang kata kita sombong daripada kita dapat virus. Berpada-pada. Hati-hati semua.

    ALSO READ:  Pelakon Senior Farida Jalal Dedah Sikap Shah Rukh Khan – Ada Perbezaan Antara Dahulu dan Sekarang!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts