Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Kita Kena Menerima & Menjalani Sakitnya Barulah Kita Akan Lupa Cintanya’- Bella...

    ‘Kita Kena Menerima & Menjalani Sakitnya Barulah Kita Akan Lupa Cintanya’- Bella Astillah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    bella astillahbella astillah

    Tabah dan kuat. Itu adalah perkataan yang sesuai untuk diberikan kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah walaupun berdepan dengan pergolakan rumah tangga yang masih belum selesai.

    Bella sentiasa positif

    bella astillahbella astillah

    Menerusi temu bual di program Melodi, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkata sokongan keluarga adalah perkara penting untuknya sepanjang menjalani dugaan yang menimpa.

    Dalam masa yang sama, ibu kepada dua orang anak itu juga sentiasa berfikiran positif meskipun perlu menghadapi satu fasa sukar dalam kehidupannya.

    Sokongan keluarga sangat penting.

    As time goes by saya sentiasa positif. Sebab itu boleh membantu kita untuk melalui kehidupan kita. Jadi ia tidak akan menjadikan kita moody atau down. Bila banyak sangat fikir benda itu akan ganggu kehidupan kita.

    Untuk saya, saya selalu cakap dengan diri saya, kita kena menerima dan menjalani sakitnya barulah kita akan lupa cintanya. Ianya adalah satu fasa.

    Terdahulu, Bella mendakwa Aliff Aziz telah berlaku curang. Lebih parah lagi, aktor yang berasal dari Singapura itu didakwa pernah menjalin hubungan cinta bersama adik iparnya, Eriqa Astillah.

    Bella kemudian memfailkan perceraian pada 13 Mac lalu selepas Aliff dan Ruhainies ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium mewah.

    Bella sebelum itu mengaku ‘menggunakan’ pelakon baharu, Muaz Zabir untuk membuat suaminya cemburu.

    Kemudian muncul ‘kekasih gelap’ Aliff iaitu Sarah Yasmine yang berani melakukan pendedahan kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat.

    Dalam pada itu, beberapa nama artis lain turut didakwa terpalit dengan pendedahan tersebut termasuk Emma Maembong, Chacha Maembong, Meerqeen dan Anna Jobling.

    Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

    ALSO READ:  Elyana Tidak Mahu Berkongsi Perjalanan Kemoterapi, Titip Semangat Jaga Diri – ‘Tiada Lagi Sampai Bila-Bila’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts