Pelakon dan pelawak, Saiful Apek berpendapat sifat manusia yang paling bahaya adalah sifat sombong.
Artikel berkaitan: Lama Diamkan Diri, Saiful Apek Akhirnya Jawab Foto ‘Pegang Tangan’ Fiza Halim
Artikel berkaitan: Foto ‘Mesra’ Fiza Halim, Saiful Apek Undang Persoalan
Dosa pertama iblis
Menerusi temu bual di podcast Sembang Kopiah Terbang, Saiful menceritakan kisah dosa pertama yang dilakukan oleh iblis sehingga dihalau keluar dari syurga adalah kerana sifat sombongnya.
Dosa pertama yang dilakukan adalah dosa daripada iblis kerana sifat sombong. Bila kita buat benda tak elok dikatakan bisikan iblis. Habis bila iblis buat dosa pertama tu takkan dia bisik dekat diri sendiri. Mustahil tak masuk akal.
Menurutnya lagi, manusia yang belum tentu masuk syurga sudah bersifat sombong dan menyamakan sifat tersebut seperti iblis.
Jadi sebenarnya iblis yang lagi dahsyat ialah nafsu sebab itu bulan Ramadan iblis tak ada pun tapi berlaku kemungkaran.
Pada saya sebenarnya sombong itu. Kalau kita nak cerita pasal ilmu, iblis punya ilmu lagi dahsyat, nak cerita pasal ibadah beribu tahun iblis mengesakan Allah, duduk satu saf dengan malaikat tetapi dia dihalau dari syurga kerana sifat sombong dia. Dia tak nak tunduk, ingkar kepada Allah, dia derhaka kepada Allah.
Kita manusia belum masuk syurga dah sombong. Sifat kita ni daripada tanah tak payah nak melangitlah. Jadi pada saya penyakit sombong ni adalah penyakit yang paling bahaya.