Baru-baru ini tular pasangan pempengaruh dan usahawan terkenal, iaitu Aisyah Hijanah dan Alif Teega yang didakwa melakukan penyelewengan dan pecah amanah terhadap kutipan derma.
Dalam Keadaan Bergari & Berpakaian Lokap SPRM
Hari ini menerusi video yang dimuatnaik oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), pasangan ini telah dibawa ke mahkamah Majistret Putrajaya dalam keadaan bergari serta memakai baju lokap SPRM untuk proses permohonan reman pada pagi tadi.
“Pasangan pempengaruh direman SPRM disyaki seleweng duit derma.”-kapsyen SPRM di TikTok
@sprm.malaysia Pasangan pempengaruh direman SPRM disyaki seleweng duit derma #SPRMMalaysia #RasuahDihinaMaruahDibina
♬ original sound – SPRM Malaysia – SPRM Malaysia
“Lebih Baik Kita Derma & Tolong Orang Terdekat….”
Isu berkenaan turut mendapat respon oleh pengarah terkenal, Michael Ang menerusi hantaran di Instagram yang meluahkan rasa tidak sangka terhadap sikap pempengaruh terlibat yang sanggup menjadi ‘scammer’ kutipan derma.
“Influencer pun scammer derma? Guys i rasa semua scammer ni kena dihentikan. And cara untuk hentikan ada satu je cara. Iaitu diri kita, kita tak boleh nak percaya pada derma-derma influencers, individual and especially yang menggunakan agama laa, event agama laa, ahli politik, or mamat-mamat TikTok yang asyik hentam orang politik lepas kena tangkap terus minta derma untuk lawyer and why not.
Lebih baik kita derma dan tolong orang terdekat dengan kita seperti kaum keluarga. Basically tolong la family dulu sebelum nak tolong orang lain.
View this post on Instagram
Apa komen anda?