Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, February 1, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Kita Tak Tahu Siapa Pergi Dulu..Mungkin Kau Yang Akan Tutup ‘Papan’ Aku,...

    ‘Kita Tak Tahu Siapa Pergi Dulu..Mungkin Kau Yang Akan Tutup ‘Papan’ Aku, Atau Aku Yang Tutup ‘Papan’ Kau’ – Shuib

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelawak Shuib dan Mamat menyifatkan mengerjakan ibadah umrah adalah kemuncak persahabatan mereka.

    ‘Cerai 13 tahun’

    Ketika ditemui , Mamat atau nama lengkapnya Mohd Noor Murad berkata, dia ingin mencipta kenangan indah bersama Shuib terutama selepas hubungan persahabatan mereka pernah diuji sebelum ini.

    Saya menghilang selama 13 tahun, jadi saya ingin cipta momen bersama Shuib selepas bertemu semula. Kami juga tak pernah meluangkan masa untuk bercuti bersama.

    Semasa Shuib bercerita tentang Makkah dia ada cakap, seronok kalau dapat pergi umrah dengan saya.

    Dalam hati saya berkata, kalau kami dapat pergi, ia adalah kemuncak persahabatan kami. Ini bukan soal duit tetapi tentang masa bersama. Sebab kami hanya berjumpa ketika bekerja dan masing-masing ada keluarga.

    Mamat berkata demikian ketika ditemui pada sidang media yang diadakan di pejabat Nuh Travel & Tours Sdn Bhd baru-baru ini.

    Umrah bersama

    Sementara itu, Shuib berkata, persahabatan mereka yang terjalin sejak dahulu ternyata memberi makna yang mendalam meskipun pernah berdepan dengan konflik.

    Saya ada dekat sini pun disebabkan kumpulan Sepah, cita-cita budak-budak kampung nak jadi artis.

    Saya dapat bersama semula dengan Mamat selepas 13 tahun ‘bercerai’ akibat perselisihan faham, dia pun sudi untuk buat podcast dan sekarang kami cari rezeki bersama-sama.

    Dalam masa yang sama, pelawak berusia 41 tahun itu juga mengucapkan rasa syukur apabila impan mereka untuk ke Tanah Suci akhirnya tercapai.

    Saya nampak ada memori istimewa kami apabila ke Makkah nanti. Dia adalah sahabat saya dunia akhirat.

    Semasa pergi umrah baru-baru ini, hati saya selalu berkata, seronoknya kalau ada Mamat.

    Kami pun tak tahu 10 tahun lagi adakah kami masih berkawan dan siapa pula akan pergi dahulu. Mungkin kau akan tutup ‘papan’ aku, atau aku yang tutup ‘papan’ kau.

    Terdahulu, Shuib dan Mamat mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menjalinkan kolaborasi bersama satu agensi umrah yang tular sebelum ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Ibu Pernah Dicek*k Kawan Sendiri Yang Kena Rasuk, Tapi Dia Sempat Larikan Diri Bawa Saya’ – Diana Danielle

    Namun, agensi umrah dan pelancongan Nuh Travel & Tours Sdn Bhd kemudian sudi untuk menaja mereka serta keluarga ke Tanah Suci pada Aidilfitri ini.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts