Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKNKV Viral Award 2025 Mengangkat Tema ‘Memupuk Perpaduan Negara’, Sasar 700 Pempengaruh...

    KNKV Viral Award 2025 Mengangkat Tema ‘Memupuk Perpaduan Negara’, Sasar 700 Pempengaruh Tempatan & Antarabangsa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    KNKV Viral Award 2025 kembali dengan mengangkat tema ‘Memupuk Perpaduan Negara’ selain menyasarkan lebih 700 pempengaruh media sosial tempatan dan antarabangsa.

    Kerjasama Media Prima Berhad (MPB) dan TV3

    Anugerah berprestij ini juga merupakan kerjasama Media Prima Berhad (MPB) dan TV3 menyasarkan minima 100 juta tontonan melalui pelbagai platform.

    KNKV Viral Award 2025 adalah satu anugerah untuk mengiktiraf pempengaruh dari dari dalam dan luar negara dalam menghasilkan kandungan yang menyampaikan mesej positif dan membina menerusi platform media sosial.

    KNKV turut meletakkan garis panduan penyertaan kepada pempengaruh sekurang-kurangnya memiliki 500,000 hingga 5 juta pengikut di media sosial selain haruslah bebas kontroversi dan tidak terlibat dengan isu politik.

    Dalam pada itu, KNKV Viral Award 2025 mengiktiraf tiga kategori utama pempengaruh iaitu Macro Influencers (500,000 hingga 1 juta pengikut), Mega Influencers (melebihi 1 juta pengikut) dan Celebrity Influencers yang melebihi 5 juta pengikut.

    Memorandum Persefahaman (MoU)

    Sehubungan itu, KNKV Group dan MPB melancarkan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk KNKV Viral Award 2025, pada Isnin.

    Majlis diserikan dengan kehadiran hadir, Timbalan Menteri Perpaduan iaitu Senator Saraswathy Kandasami, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Rafiq Razali, Pengerusi KNKV Group, Datuk Seri Dr Zurainah Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group, Prof Adj Adam Richman.

    Yang turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Datuk Mohd Efendi Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan KNKV Group, Sakinah Rahman dan Pengarah Eksekutif Kumpulan KNKV yang juga Pengarah Eksekutif KNKV Viral Award 2025, Wan Utama.

    KNKV Viral Award 2025 bakal bersiaran secara langsung di TV3 pada 17 Mei tahun hadapan.

    ALSO READ:  MUA Bellaz ‘Throwback’ Zaman Hidup Susah, Titip Pesan Untuk Tidak Putus Semangat – ‘Usaha Tidak Akan Mengkhianati Hasil’

    KNKV Viral Award 2025 juga membuka peluang kepada penaja yang ingin menyokong misi mengubah landskap media sosial Malaysia ke arah lebih positif.

    Sebagai usaha, penganjur mengalu-alukan penaja yang berminat untuk bersama mencipta persekitaran digital lebih membina dan berinspirasi demi generasi masa hadapan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts