Pelakon Kodi Rasheed memberitahu, dia tidak suka berkongsi mengenai kehidupan peribadi terutama melibatkan isteri dan anak-anak di media sosial.
Isteri tak kisah
Menerusi temu bual bersama , Kodi berkata, isterinya bukan bekerja dalam industri seni. Oleh sebab itu, isterinya lebih selesa untuk tidak dikenali ramai.
Saya pernah muat naik pasal isteri sebelum ini. Tapi lama-lama saya fikir semula yang dia bukan orang dalam industri. Dia pun tak mahu dikenali. Jadi, dia minta turunkan gambar dia semua supaya orang tak kenal.
Fikiran saya pula, risau apa jadi nanti. Takut orang serang dan cari dia. Kalau boleh jangan ada benda yang tak best terjadi. Saya pun sejenis yang tak nak tunjuk pun. Isteri faham dan okey.
Kodi yang ditemui di Majlis Pelancaran Trailer, Poster & OST Filem Limbungan, baru-baru ini, turut memaklumkan bahawa isterinya tidak kisah mahupun menghalang dia berlakon dengan sesiapa sahaja.
Dia tak kisah sebab dia tak biasa dengan industri kita.
Berbicara lebih lanjut, pelakon berusia 34 tahun ini tidak pernah mengambil kisah mengenai pandangan masyarakat berhubung populariti seseorang pelakon. Ujar Kodi, populariti bukan dinilai berdasarkan status perkahwinan.
Saya tak kisah pandangan orang. Maksudnya, kalau ada yang tahu, tahu la. Tak tahu pun tak apa. Bukan isu besar pun, kalau saya dah kahwin kenapa? Kalau saya belum kahwin kenapa? Kalau dulu orang cakap dah kahwin saja, populariti tak boleh naik, tapi sekarang dah tak. Saya pun tak anggap benda itu macam populariti jatuh kalau dah kahwin.
Di akhir temu bual, Kodi mendedahkan dia pernah menerima gambar yang tidak senonoh menerusi nombor peribadinya daripada wanita yang tidak dikenali.
DM mungkin ada tapi saya jenis tak baca kecuali hal kerja saja. Cuma ada la beberapa tahun lalu, saya pernah dapat dekat nombor peribadi saya, orang hantar gambar bukan-bukan.
Itu memang pelik sebab itu nombor peribadi. Saya memang ada beritahu isteri saya. Semua benda memang saya akan kongsikan dengan dia.