Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKolaborasi KPM Prospek X Fazura Hasilkan 12 Rekaan Unik Sempena Hari Kebangsaan...

    Kolaborasi KPM Prospek X Fazura Hasilkan 12 Rekaan Unik Sempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Pendidikan Malaysia, YB Puan Fadhlina binti Sidek telah sudi meluncurkan secara rasmi koleksi Merdeka 2024 PROSPEC KPM X FAZURA dalam satu majlis yang telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada hari ini. Koleksi khas Tudung FAZURA Purple Label tersebut adalah hasil kerjasama erat kelab PROSPEC Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan FAZURA sebagai salah satu program istimewa dalam memeriahkan sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-67.

    Koleksi Merdeka 2024 menampilkan 12 rekaan unik beraneka warna selaras dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini, iaitu ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’. Berinspirasikan warna-warna bertenaga Jalur Gemilang, lakaran landskap ikonik tempatan dan kemeriahan kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia dengan setiap rekaan ditampilkan khusus untuk mengungkapkan semangat serta pengisian kebebasan negara melalui pencapaian dinamik rakyat yang berjiwa merdeka.

    Majlis peluncuran rasmi yang diserikan dengan kehadiran YB Menteri Pendidikan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Noorhuda binti Haji Alias, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPM, YBhg. Dato’ Ahmad Firdaus bin Baharuddin, Penasihat Kelab PROSPEC KPM, Setiausaha Bahagian KPM dan hampir 300 orang tetamu jemputan. Susulan peluncuran koleksi Merdeka 2024 YB Puan Fadhlina binti Sidek, majlis diteruskan dengan makan tengah hari dan persembahan oleh Ella selaku artis jemputan.

    Koleksi Merdeka 2024 PROSPEC KPM X FAZURA adalah kerjasama pertama seumpamanya melibatkan kelab penjawat awam dengan jenama FAZURA khusus untuk sambutan Hari Kebangsaan. Disasarkan lebih banyak kerjasama sedemikian akan diteroka untuk kepentingan bersama terutama dalam konteks kerjasama awam swasta yang memberikan faedah kepada masyarakat.

    Organisasi awam dan swasta yang berminat untuk mendapatkan koleksi khas ini dengan harga korporat boleh menghubungi wakil PROSPEC KPM melalui WhatsApp di 017-4469726 untuk maklumat lanjut berkenaan kaedah perolehan. Manakala, pembelian secara dalam talian boleh dibuat terus di laman sawang rasmi www.fazura.com, FAZURA Apps dan ShopeeMall FAZURA Official Store.

    ALSO READ:  Ucapan Norman Hakim Sempena Ulang Tahun Kelahiran Anak Lelaki Menuai Sebak, Netizen Memohon – ‘Doakan Agar Danish Satukan Kembali Keluarga Ini’

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts