Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKolaborasi Terkini Skechers x Vexx Penuh Dengan Warna Warni Seni ‘Doodle’

    Kolaborasi Terkini Skechers x Vexx Penuh Dengan Warna Warni Seni ‘Doodle’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jenama global dalam koleksi sukan dan gaya hidup terkenal, Skechers dengan bangganya mengumumkan kolaborasi terbaharunya bersama artis visual terkenal Belgium, Vexx, yang mana hasil karya telah dipaparkan di galeri dan muzium di seluruh dunia.

    Vexx merupakan seorang artis Belgium, yang mentakrifkan semula sempadan kreativiti. Terkenal dengan seni contengan atau doodle yang penuh impian dan tenaga. Doodle Vexx menggabungkan imaginasi dan kontemporari dengan lancar.

    Dengan mencipta watak-watak yang berwarna-warni yang diilhamkan oleh pengaruh zaman kanak-kanak, sejarah seni, dan budaya pop, Vexx mengaburkan garis antara seni tinggi dan rendah.

    Karya beliau telah dipaparkan di muzium terkemuka di Eropah, Amerika Syarikat dan Asia.


    Koleksi Skechers x Vexx ini menampilkan dua siluet dengan empat rekaan berbeza oleh artis visual yang dikenali dengan gaya seni contengan atau doodle : Skechers x Vexx Uno Process Sketch dan Skechers x Vexx: Koopa Court.

    Skechers x Vexx Uno Process Sketch

    Vexx telah menjadikan Skechers sebagai kanvas peribadinya, menggabungkan signature doodle miliknya dengan lancar pada kasut sertapakaian ikonik untuk mencipta koleksi yang penuh dengan warna-warni dan imej yang menyeronokkan.

    Sneaker Uno- Process Ketch menampilkan bahagian atas durabuck synthethic dengan rekaan doodle khas Vexx, insole Skechers Air-Cooled Memory Foam® dan visible Skech-Air® air-cushioned midsole yang memberikan keselasaan kepada si pemakai. Sneaker ini juga didatangkan dengan dua warna iaitu hitam dan putih.

    Skechers x Vexx: Koopa Court

    Penuh dengan warna warni, The Koopa Court- Volley Gasp ini menampilkan bahagian atas kulit dan duraleather dengan doodle signature Vexx. Selain itu, sneaker ini dilengkap dengan insole Skechers Air-Cooled Memory Foam® yang mengutamakan keselesaan kaki si pemakai ketika berjalan.

    ALSO READ:  Imran Bard Sedih Permohonan Visa Untuk Ke Coachella Ditolak, ‘Burn’ RM888 Bayar Temu Duga Dua Saat

    Dengan harga antara RM429 hingga RM459, koleksi baharu Skechers x Vexx kini boleh didapati dan boleh dibeli secara dalam talian melalui laman web Skechers, serta di kedai di kedai konsep Skechers terpilih seperti Skechers The Exchange TRX, 1Utama Shopping Centre, Pavilion KL, Pavilion Bukit Jalil, Sunway Pyramid dan banyak lagi.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts