Cuaca dekat Malaysia sekarang memang tak menentu. Kadang-kadang panas terik, lepastu hujan pula. Jadi, korang kena lah bersiap sedia dengan kasut yang selesa.
Dalam cuaca yang tidak menentu seperti ini, memilih kasut yang sesuai adalah sangat penting untuk memastikan keselesaan dan perlindungan sepanjang hari.
Oleh itu, sebagai peneraju global dalam gaya hidup dan prestasi, jenama kasut Skechers telah memperkenalkan koleksi baru yang direka khusus untuk cuaca di Malaysia.
Ada 4 pilihan warna & reka bentuk yang menarik
Apa yang menarik tentang koleksi teknologi terbaru Skechers ini adalah bila ia hadir dengan pelbagai warna dan reka bentuk untuk memenuhi pilihan gaya setiap individu.
Koleksi ini juga menawarkan 4 pilihan utama untuk koleksi Skechers Sunny Comfort , antaranya:
Lelaki dan Wanita: Skechers Foamies Arch Fit® Outdoor, Skechers Hyper Slide, Skechers GOwalk Massage Fit® Sandal
Budak lelaki: Skechers Sola Glow Sandal – Hydro Rays.
Setiap pasang kasut yang direka dengan teknologi terkini dari Skechers ini memang sangat selesa dan bergaya.
Ini antara jenis dan ciri-ciri kasut yang korang kena cuba!
Koleksi kali ini menawarkan pelbagai pilihan clog, sandal, dan slide yang memastikan kaki anda sentiasa sejuk, selesa, dan terlindung sepanjang hari.
Jom tengok satu per satu…
1. Skechers Foamies®: Arch Fit® Outdoor
- Harga: RM299
- Dilengkapi dengan pelapik kaki Arch Fit® yang disahkan oleh pakar dengan data 20 tahun
- Boleh dicuci mesin dan penuh dengan ciri hebat, termasuk tapak kasut Goodyear® anti-slip dan reka bentuk ringan EVA
- Tahan lama dan mempunyai tapak tumit yang stabil
View this post on Instagram
2. Skechers Hyper Slide
- Direka dengan ciri-ciri tropika yang menarik, pelapik kaki yang selesa dengan tapak Goodyear®
- Harga: RM339
- Pilihan warna untuk lelaki: Hitam, Putih Multi, dan Oren Multi
- Pilihan warna untuk wanita: Mauve, Putih Hitam, Hitam Putih, dan Aqua Multi
3. Skechers GOwalk Massage Fit® Sandal
- Harga: RM399
- Direka dengan ciri-ciri yang menarik, tahan lama dan mempunyai tapak tumit yang stabil dengan ciri hebat Hyper Burst®
- Ketinggian kasut 1 ½ inci
- Boleh dicuci mesin
- Pilihan warna untuk lelaki: Taupe Navy dan Hitam Grey
- Pilihan warna untuk wanita: Grey Lime, Hitam, dan Natural Coral
4. Koleksi untuk kanak-kanak – Skechers Sola Glow Sandal – Hydro Rays
- Harga: RM259
- Reka bentuk yang ringan, selesa serta bergaya
- Penutup cangkuk dan strap digunakan di bahagian atas kasut
- Tapak kasut yang fleksibel
- Pilihan Warna: Hitam Lime, Biru Lime, Navy, dan Merah
Wahhh! Banyak betul koleksi dari Skechers Sunny Comfort ni. Setiap rekaan tu pun bukan sahaja menjanjikan keselesaan tetapi ia juga tampil warna-warna yang trendy dan menarik.
Jom kekal selesa & bergaya dengan koleksi terbaru Skechers!
Ha…kalau korang tengah mencari kasut untuk aktiviti luar, bersantai di rumah, atau bersukan, Skechers menawarkan pelbagai pilihan yang sesuai dengan gaya hidup dan keperluan harian korang.
Yang penting, tak kira cuaca panas terik atau hujan lebat, kaki korang tetap kekal selesa dan bergaya.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan koleksi penuh Skechers Sunny Comfort secara dalam talian di www.skechers.com.my, Shopee, dan Lazada atau kunjungi kedai Skechers terpilih di seluruh Malaysia.