Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Komen Korang Terlalu Jahil Sampai Nak Baca Ilmu Pun Malas…”-Ryzal Ibrahim

    “Komen Korang Terlalu Jahil Sampai Nak Baca Ilmu Pun Malas…”-Ryzal Ibrahim

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Personaliti media sosial Ryzal Ibrahim meluahkan rasa kesal selepas dikecam netizen isu dirinya yang tidak berpeluang untuk menunaikan ibadah Umrah ketika berada di Tanah Suci disebabkan kesuntukan masa, baru-baru ini.

    Ryzal, menerusi Insta Stories akui tidak menyangka ramai netizen yang jahil bab pengetahuan agama yang membanjiri ruangan komen hantaran dirinya yang pergi Mekah balik hari.

    “Ramai juga yang jahil pengetahuan agama dalam ruangan komen saya ke Mekah rupanya. Ustaz dah siap bagi hukum masuk Mekah pun dia tak baca. Dia pula buat hukum sendiri.”-kesal Ryzal

    “Komen Korang Terlalu Jahil Sampai Nak Baca Ilmu Pun Malas…”

    Bidas personaliti media sosial ini, dia menyifatkan netizen yang mengecamnya itu sebagai ‘jahil’ disebabkan terlalu malas untuk membaca ilmu agama.

    “Maafkan saya kasar sikit, tapi komen korang terlalu jahil sampai nak baca ilmu pun malas. Dengan gaya pemikiran masyarakat kita macam ni, macam mana nak lawan musuh Islam? Dia gelak je tengok orang Islam bergaduh sesama sendiri.”-bidas Ryzal di Instagram

    Ryzal sebelum ini memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya singgah di Kota Suci Mekah untuk mendapatkan minyak wangi kegemarannya sebelum menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.

    View this post on Instagram

    A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

    Jelas Ryzal, dia kesuntukan masa untuk menunaikan Umrah kerana dalam transit di Jeddah daripada London sebelum berangkat pulang ke Malaysia.

    Lebih baik berdiam diri jika tiada perkara baik untuk diucapkan…Apa komen anda?



    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts