Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa memberitahu dia malas untuk membuat konten memasak kerana ada segelintir netizen suka mengkritik cara masakan dan bahan yang digunakan olehnya.
Akan delete sebab sakit mata
Di Instagram Story, Neelofa berkongsi video menyediakan makanan buat anaknya Abdullah Abbas. Menerusi video tersebut, Neelofa memberitahu dia akan memadam semua komen negatif mengenai cara dia memasak dan bahan yang digunakan olehnya.
Baru je muat naik video masak ni, macam-macam komen pasal madu lah, maple syrup, butter banyaklah, anak bawah setahun tak boleh blablabla padahal Abbas dah setahun lebih.
So komen mak cik bawang ini la yang membuatkan saya malas nak buat konten masak-masak ni sebab semua terpaling betul. Jadi yang mana nak komen cara masak dan bahan masak, saya akan delete sebab sakit mata.