Bermula dengan simptom kesukaran untuk menggerakkan leher dan sakit pada bahagian belakang, pelakon, Syatilla Melvin dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor untuk mendapatkan rawatan, semalam.
Disahkan Menghidap Penyakit Slip Disc
Syatilla menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, memaparkan dirinya sedang dibawa oleh beberapa jururawat untuk menjalani prosedur pengimejan reasonans magnetik (MRI) itu menyatakan bahawa doktor mengesahkan dirinya menghidap penyakit Slip Disc.
“Benda nak jadi kan. 3 hari tak boleh gerakkan leher, tak boleh pusing. Ingat sakit urat biasa sebab menyusu anak memang akan sakit belakang.”
Rupa-rupanya harini dapat hadiah slip disc. Moga runtuh dosa-dosa aku aminn..”-tulis Syatilla di Instagram
…Dibanjiri Doa Rakan Selebriti & Netizen
Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti seperti Hanis Zalikha, Salina Saibi, Sharnaaz Ahmad, Nad Zainal, Nadia Brian, Zarina Anjoulie dan ramai lagi membanjiri ruangan komen, menitipkan doa buat pelakon drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi ini.
Respon Tilla Buat Syida Curi Perhatian Ramai!
Di sebalik ramai yang menitipkan doa agar Syatilla diberikan kesembuhan, respon pelakon ini buat adiknya, Syida Melvin turut mencuri perhatian selepas berseloroh jika Syida akan rasa sedih jika dirinya sudah tiada lagi.
“Get well soon kakok ❤️.”- Komen Syida Melvin
“Hang sedih kan kalau aku mati? 🤣🤪.”-balas Syatilla buat Syida
Sama-sama kita doakan agar Syatilla Melvin cepat sembuh ya..
Shopee.com.my【Custom Name Necklace】WAD Stainless Steel Name Women's Necklace Round Snake...RM20.88