Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Komposer Buat Tahi, Curi Lagu Dan Lirik Diberi Kepada Artis Lain”- Tiada...

    “Komposer Buat Tahi, Curi Lagu Dan Lirik Diberi Kepada Artis Lain”- Tiada Lagu Raya Aliff Syukri Tahun Ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Selalu mendapat kritikan setiap kali menjelang raya kerana keinginan untuk menghasilkan lagu-lagu raya yang begitu kontroversial dengan penari-penari yang digelar sebagai terlalu “over”, tahun ini berbeza apabila usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan bahawa beliau tidak akan melancarkan lagu raya tahun ini kerana telah menjadi mangsa penipuan oleh seorang komposer yang identitinya tidak didedahkan.

    Walau bagaimanapun, Datuk Seri Aliff Syukri melaporkan bahawa lagu yang sepatutnya dilancarkan sempena Aidilfitri tahun ini sudah dimiliki oleh orang lain dan hal tersebut telah meruntuhkan hatinya.

    “Maafkan saya, komposer telah berbuat jahat. Mencuri lagu dan lirik untuk diberikan kepada artis lain.”

    “Maaf kerana saya mengecewakan anda semua. Saya mungkin tidak dapat mengeluarkan lagu raya tahun ini untuk semua.”

    “Saya sangat kecewa dengan industri muzik Malaysia yang tidak pernah menghargai bakat saya,” tulis beliau melalui satu hantaran Instagram.

    Jelas pemilik nama penuh Aliff Syukri Kamarzaman tersebut, beliau terpaksa pergi ke luar negara untuk menonjolkan bakat nyanyian yang tidak dihargai di tanah air sendiri.

    “Saya terpaksa membawa diri untuk menunjukkan bakat saya di luar negara di mana penduduk mereka lebih menghargai saya.”

    “Maaf kepada rakyat Malaysia, anda akan bersedih tanpa lagu saya pada tahun ini,” katanya.

    Membaca komen-komen, ramai peminat dengan sinis membuat-buat sedih dengan berita tersebut.

    “Malaysia berduka dengan berita ini Datuk. Saya fikir ramai yang tidak mahu beraya tahun ini,” komen seorang netizen.

    Terlebih dahulu, Aliff tidak pernah gagal dalam melancarkan lagu raya yang mendapat kritikan daripada ramai melalui single bertajuk Chu Ku Chuk Raya tahun lalu, Kelepok Raya (2022) dan Lala Raya (2021).

    ALSO READ:  Tular Foto Lisa Blackpink & Frederic Arnault Dating Makan Ais Krim Di Taman, Peminat Bagi ‘Greenlight’
    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts