Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKongsi Aktiviti Seharian Di Instagram, Ini Komen Nedim Buat Nora Danish

    Kongsi Aktiviti Seharian Di Instagram, Ini Komen Nedim Buat Nora Danish

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebelum ini khabar angin konon rumah tangga Nora Danish dan Nedim atau dikenali sebagai Boss Ned dilanda badai mula diperkatakan setelah mereka dilihat tidak berkongsi foto keluarga ketika Syawal.

    Tidak Lagi Tinggal Sebumbung

    Mengulas mengenai dakwaan tidak lagi serumah dengan suami, Nora menjelaskan pergolakan yang berlaku bukan disebabkan campur tangan insan ketiga, sebaliknya, berpunca daripada tiada persefahaman.

    Malah Nora berkata walaupun tinggal berasingan, mereka masih berhubung setiap hari dan tetap hormatinya sebagai suami.

    Nora juga turut mengakui bahawa dia dan Nedim berusaha menangani situasi itu sebaik mungkin agar tidak terjadi perkara negatif yang boleh memberi kesan kepada anak.

    Terbaru Nora ada memuat naik di Intagram miliknya mengenai aktiviti sehariannya.

    Berkongsikan Aktiviti Harian

    via Instagram Nora Danish

    Dalam perkongsian tersebut, Nora menunjukkan aktiviti bersama anak bongsunya di sekolah, melakukan pengambaran dan melawat anak sulungnya di hospital.

    Malah dia menyatakan bahawa aktiviti yang dilakukan tersebut semuanya dalam masa 1 hari.

    Semuanya dalam masa 1 hari

    Menjenguh diruangan komen, Nedim juga turut memberikan komen terhadap hantaran tersebut.

    Awak seorang yang kuat Mommy. Begitulah DIA menciptakan kamu. Jumpa esok.

    Nedim turut memuji dan memberikan kata-kata semangat buat Nora dengan menyatakan bahawa dia adalah seorang ibu yang kuat.

    Malah komen Nedim tersebut berjaya meraih tanda suka oleh warga net dan ada yang turut mendoakan agar hubungan mereka berdua baik-baik sahaja.

    Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan Nedim atau nama penuh, Mohamad Nedim Nazri pada 30 Mac 2017. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, berusia enam tahun.

    Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal, 15. Bagaimanapun, mereka bercerai pada 10 Julai 2008.

    ALSO READ:  Mona Allen ‘Sound’ Netizen Minta Nasihati Suami Isu Fattah Amin?-“Lantak Dia La Nak Tulis Apa…”

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts