Sebelum ini kisah Afifah Nasir dan Hariz pernah menjadi bualan ramai selepas mereka memakai busana Melayu sama warna ketika menghadiri sebuah majlis keluarga.
Menafikan Sudah Bertunang
Bercakap kepada media ketika itu, Afifah menafikan dia dan Hariz sudah bertunang dan enggan mengulas lanjut mengenai hubungan mereka.
Dalam masa yang sama Afifah juga pernah mendedahkan wajah teman lelakinya yang bernama Syed Hariz di akaun media sosialnya.
Terbaru, Afifah kini tampil memberi bayangan dirinya bakal menamatkan zaman bujang dalam tahun ini menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya.
Berkongsi Berita Gembira
Afifah berkongsi berita gembira itu dengan memperlihatkan dia dilamar oleh kekasih yang dikenali sebagai Syed Hariz.
Menerusi hantaran tersebut, Afifah menulis ucapan istimewa berserta gambar mereka berlatar belakangkan sebuah pesawat.
Afifah, sudikah awak menjadi Mrs Hariz tahun ini
Dalam gambar tersebut, kelihatan kedua-dua mereka dilihat sedondon mengenakan baju berwarna biru. Selain sebentuk cincin jenama mewah, Hariz turut memberi sejambak bunga buat Afifah.
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian dari rakan-rakan selebriti dan juga peminat Afifah.
Diruangan komen, kelihatan rakan selebriti dan netizen turut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini. Malah ada juga yang tidak sabar menunggu berita gembira mengenai perkahwinan mereka berdua.