Meskipun isu rumah tangga pelakon Nora Danish didakwa sedang bergolak, aktres berkenaan dilihat masih keluar bersama suaminya, Nedim Nazri dan anak mereka iaitu Mohamed Neqayl.
Anak tak sihat
Menerusi sebuah posting di Instagram, Nedim telah memuat naik foto sedang menikmati hidangan di sebuah restoran bersama isteri dan anaknya.
Menurut Nedim, dia sepatutnya bergegas ke Perak pada waktu itu untuk urusan kerja. Namun, terpaksa menangguhkan perjalanan tersebut kerana anaknya tidak sihat.
Sepatutnya saya perlu bergerak awal untuk menghadiri mesyuarat di Perak tetapi saya diberitahu anak saya tidak sihat.
Tambah Nedim, wajah anaknya itu kelihatan lebih ceria dan sihat selepas melihat kehadiran dirinya dan isteri. Lebih mencuri tumpuan, Nedim turut berterima kasih kepada Nora kerana membawa anak mereka untuk berjumpa.
Lihat keadaan dia (Neqayl) apabila lihat Daddy muncul.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berharap pasangan ini akan kekal bersama buat selama-lamanya demi anak mereka.
Terdahulu, Nedim menegaskan rumah tangganya masih dalam keadaan baik sekali gus menyangkal dakwaan berlaku pergolakan seperti didakwa isterinya.
Berikutan daripada itu, Nora dilihat memuat naik petikan atau ‘quotes’ di Instagram Story miliknya mengenai tindakan mendiamkan diri lebih baik daripada terus memperdebatkan sesuatu perkara yang dibenci.