Anak kepada pelakon, Abby Abadi iaitu Marissa Dania sekali lagi curi tumpuan ramai apabila memuat naik beberapa foto bersama suaminya, Aslam.
Nampak baby bump Marissa?
Menerusi perkongsian di Instagram, Marissa atau nama lengkapnya Marissa Dania Hakim memuat naik fotonya memegang tangan seseorang. Meskipun tidak mendedahkan wajah individu tersebut, namun rata-rata warga maya percaya bahawa pemilik tangan tersebut adalah suami kepada Marissa iaitu Aslam.
Tetapi apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah keadaan fizikal Marissa yang didakwa semakin berisi malah ada yang mendakwa melihat penampakan ‘baby bump’ Marissa meskipun dia memakai tudung labuh sehingga menutupi perutnya.
Namun, ada segelintir warga maya meninggalkan komen negatif dengan menggelarkan Marissa seorang perampas selain mendakwa anak kepada pasangan Abby Abadi dan Norman Hakim itu tidak layak mengecapi kebahagiaan. Walau bagaimanapun, ada antara mereka yang meminta agar Marissa dan Aslam tidak menghiraukan kecaman tersebut.
Terdahulu, spekulasi mengenai Marissa berbadan dua susulan hantaran dimuat naik dalam InstaStory wanita berusia 19 tahun itu apabila menunjukkan foto gula-gula asam yang sinonim mengurangkan alahan mengandung.
Bagaimanapun, Aslam enggan mengulas lanjut berhubung berita itu sebaliknya hanya memohon doa yang terbaik buat mereka.