Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKongsi Gambar Mesra Bersama Eman Manan, Netizen Puji Lakonan Mantap Gandingan Bersama...

    Kongsi Gambar Mesra Bersama Eman Manan, Netizen Puji Lakonan Mantap Gandingan Bersama Nabila Huda

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pada masa lalu, industri filem negara telah menghasilkan filem bertajuk Rahsia.

    Filem Reboot Semula

    melalui Instagram Nabila Huda

    Seperti versi asal Rahsia yang membariskan pelakon terkenal negara, versi reboot turut menampilkan wajah-wajah popular.

    Watak Ramlah yang diperankan oleh Noor Kumalasari, kini dilakonkan oleh Nabila Huda. Manakala, watak Hamdan yang dilakonkan oleh Shukery Hashim kini digantikan oleh Fikry Ibrahim.

    Berbagai pelakon lain termasuk Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Mislina Mustaffa, Aloy Paradoks serta Nabil Zakaria bersama penampilan istimewa Othman Hafsham dan
    Susan Lankester.

    Abil Berkongsi Pengalaman Berlakon

    Di Instagram, pelakon-pelakon turut mempromosikan filem ini dan salah seorang daripadanya ialah Nabila Huda.

    Nabila Huda yang lebih selesa dipanggil Abil turut memuat naik gambar bersama Eman Manan yang merupakan pelakon hebat dan ‘senior’ yang turut berlakon dalam filem tersebut.

    Dia menceritakan pengalamanya yang diberikan peluang untuk berlakon bersama Eman Manan.

    Masih tersenyum terkenang masa dapat tau @emanmananeman jadi my abah.

    Bukan jadi Abah je tapi dapat spend time with him, dengar dia pokpek, tengok dia bersiap..Kite perhati je gerak geri dia sebab taktau bila lagi dapat peluang untuk berkerja bersama.

    Akan ku simpan kenangan indah ni sampai akhir hayat!

    Tulisnya, kali ini dia berpeluang menghabiskan masa bersama Eman Manan dan mengangap peluang tersebut merupakan kenangan terindah dalam hidupnya.

    Netizen Turut Memuji

    melalui Instagram Nabila Huda

    Dalam ruangan komen, ramai netizen memuji gabungan dua pelakon ini sebagai yang terbaik, serasi dan profesional.

    Ada yang turut menyatakan bahawa mereka tidak menyesal membeli tiket untuk menonton filem kerana ada kedua-dua pelakon hebat ini.


    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts