Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, September 29, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKongsi Gambar “Selfie” Bersama, Kemelut Shila Amzah Dan Keluarga Sudah Berakhir

    Kongsi Gambar “Selfie” Bersama, Kemelut Shila Amzah Dan Keluarga Sudah Berakhir

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebelum ini pada Oktober tahun lalu, kecoh dimedia sosial apabila krisis dalaman keluarga Shila Amzah bermula selepas adiknya Syada Amzah membuat luahan mencari rumah sewa kerana mendakwa bakal dihalau keluar dari kediaman yang didiami bersama ibu mereka.

    Berlakunya Kemelut Dalaman

    Menjelaskan keadaan tersebut, Shila membuat balasan dalam sesi siaran langsung Instagram mendedahkan pelbagai perkara termasuk bekerja pada usia muda, selain pernah dikasari Syafiq yang juga abang penyanyi itu.

    Ibu kepada dua anak itu turut memperincikan penjualan rumah banglo miliknya serta sikap sebenar Syafiq dan Syada sehingga ibu mereka pula tampil bersuara sekali gus menghangatkan lagi konflik berkenaan.

    Terbaru, ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman memberi bayangan bahawa kemelut bersama anaknya itu sudah pun berakhir menerusi beberapa perkongsian di Instagram Story.

    Kemelut Sudah Berakhir

    via Instagram Fauziah Sarman

    Menerusi hantaran tersebut, Fauziah berkongsi momen dirinya yang hadir ke majlis akikah anak kedua Shila hasil perkahwinannya bersama pempengaruh, Ubai MZ iaitu Rhea Akira.

    Fauziah turut memuat naik gambar mereka sekeluarga yang bergambar di atas sebuah pelamin yang dihiasi dengan tema berwarna merah jambu.

    Turut kelihatan hadir ke majlis tersebut ialah dua orang adik Shila iaitu Syada dan Syahir Amzah.

    Menerusi hantaran lain, Fauziah turut berkongsi gambar ‘selfie’ dirinya berdua bersama Shila.

    Hantaran tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen. Jika dilihat di laman TikTok, ramai yang mula memberikan ulasan dengan mengucapkan syukur.

    Hal ini sekaligus menunjukkkan bahawa kemelut dalaman dalam keluarga Shila Amzah telah berakhir.

    Related articles

    Follow Us

    20,238FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts