Satu hantaran di Instagram milik Ajak Shiro menjadi perhatian warga net. Dalam hantaran tersebut, Ajak menunjukkan aktivitinya bersama pelakon dan pelawak senior Ebby Yus berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur.
Berjaya Bawa Keluar Ebby Yus
Tulis Ajak, akhirnya dia berjaya membawa Ebby Yus berjalan-jalan sambil mendengar Ebby bercerita.
Berjaya Ajak bawak Abg Ebby pergi jenjalan.
Alhamdulillah semakin sihat. Tengoklah cara dia bercerita.
Bunyi macam bapak-bapak kan? Sebab tu korang jangan kenal dia, nanti korang sayang.
Malah Ajak juga turut menyatakan bahawa sesi dia bersama Ebby Yus seolah-olah sesi bersama seorang bapa yang boleh menyebabkan ramai orang akan sayang bila mendengarnya bercerita.
Ajak Buat Kejutan
Bukan itu saja, semasa sesi jalan-jalan tersebut, Ajak juga memberikan kejutan buat Ebby Yus.
Dia ingat dia je boleh buat suprise kat Ajak masa dia datang makan kat kedai hari tu.
Kali ni Ajak pulak buat suprise kat dia..Insyallah Bang, banyak sama kita kongsi, sikit sama kita rasa.
Atas sokongan korang semua, cawangan Bumbu Babah Abg Ebby Yus akan dibuka di Central Market..
Insyallah opening minggu depan.Pada yg dm Ajak tanya macam mana nak jumpa Abg Ebby Yus. Cari dia kat Central Market .Kita ramai-ramai support.
Ni la partner baru Ajak..Kamu suka tak? Doakan ye..
Dalam kejutan tersebut, Ajak telah memberikan bantuan bantuan kepada Ebby untuk menguruskan cawangan kedua kedai makan miliknya.
Malah Ebby juga menyatakan bahawa dia sangat bersyukur kerana dikurniakan Ajak dan tak sangka dia akan bantu sampai tahap macam itu.
Difahamkan, selepas tolak semua bayaran pekerja dan sewa, Ajak akan kongsi keuntungan kedai makan itu dengan Ebby dan tidak perlu keluarkan sebarang modal.