Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKongsi Pengalaman Menjadi Tetamu Allah, Angeline Terpegun Lihat Madinah Sangat Bersih

    Kongsi Pengalaman Menjadi Tetamu Allah, Angeline Terpegun Lihat Madinah Sangat Bersih

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Amat diketahui bahawa kerajaan Arab Saudi telah menggunakan teknologi moden untuk menyediakan kemudahan terbaik kepada jemaah haji di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

    Kemudahan ini termasuklah dua stesen penyejukan terbesar di dunia yang dipasang di Masjidil Haram bagi memastikan jemaah dapat melaksanakan ibadah mereka dalam suasana sejuk dan segar di dalam masjid.

    Stesen penyejukan itu berperanan untuk membersihkan udara di Masjidil Haram dan melembutkan serta menyejukkan suasana pada bulan Ramadan yang mulia, iaitu musim kemuncak umrah.

    Pertama kali menunaikan umrah, pelakon Angeline Tan berkongsi pengalaman indah berpeluang mengerjakan solat subuh di Masjid Nabawi pada hari pertama menjejakkan kaki di Madinah.

    Pemilik nama penuh Ardini Angeline Tan itu berkata, hatinya tenang sepanjang berada di rumah Allah itu dengan turut memuji kebersihannya.

    “Tadi solat di Masjid Nabawi, Madinah. Walaupun di sini 24 jam ramai orang tetapi suasana sangat bersih dan tenang,” tulisnya dalam hantaran Instagram.

    Selain sembahyang fardu, aktres yang menunaikan umrah bersama suaminya, Sabri Yunus itu turut berkesempatan menunaikan solat jenazah.

    Dalam perkongsian berlainan, Angeline, 56, turut berkongsi pesanan kenalan termasuk dalam laman sosial yang memintanya membacakan doa dikirim.

    “Saya janji, saya akan berdoa dan minta dengan Allah yang Maha Kuasa. Insya-Allah, semoga semua sahabat sentiasa dilindungi dan akan dijemput menjadi tetamu Allah.

    Kelmarin, pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu mendedahkan sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menunaikan umrah.

    Angeline memeluk Islam pada 26 September lalu dan selamat bernikah dengan Sabri, 65, di Perlis pada 14 Oktober lalu.

    Pernikahan pasangan yang kerap bergandingan sejak era sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu mendapat perhatian ramai.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts